Select Page

Dosa

1. Menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih terdapat umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.
 
2. Menderhakai ibu bapa. Sejak remaja lagi sudah tahun melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka menderhaka kepada ibu bapa tanpa sedar.
 
3. Memutuskan silaturahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham.
 
4. Tidak menunaikan hak suami, isteri dan anak. Suami atau ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untuk keluarganya.
 
5. Mengabaikan jiran. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dirinya kekenyangan. Inilah perkara lazim dalam kehidupan
masyarakat kita.