Desa Popeye Yang Unik

Desa Popeye

Malta merupakan negara pulau di laut mediterranean..Merupakan negara terkecil keenam di dunia..Agama Katolik sampai saat ini menjadi agama rasmi dan dominan di negara pulau itu.

Pada tahun 1964 Malta meraih kemerdekaan dari Inggeris dan menjadi republik satu dekad kemudian..Walaupun Malta sebuah negara yang kepulauan kecil namun ia tetap menjadi anggota negara-negara Komanwel dan bergabung dengan Kesatuan Eropah pada tahun 2004.Desa Popeye

Terselit di sebuah negara kecil di Eropah ini,anda mungkin akan terpukau dengan Desa Sweethaven yang lebih dikenali dengan sebutan Desa Popeye..

Desa ini boleh dijadikan tempat percutian keluarga yang ideal dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Malta.Tempat ini dibangun menjadi sebuah taman hiburan yang menyenangkan dengan tema watak kartun kanak-kanak popular Popeye Sang Pelaut..
unik-ada-desa-popeye-di-dunia-nyata

Menariknya,Desa ini dahulunya memang digunakan oleh Paramount Pictures dan Walt Disney Productions pada tahun 1980 untuk membuat filem Popeye – yang diadaptasi dari komik karangan E. C. Segar…

Di Desa Sweethaven tersebut pelancong boleh melihat semua watak utama dalam kartun Popeye, termasuk Olive oyl,Bluto,Swee’Pea dan Wimpy..Pelancong juga boleh menikmati rumah permainan,pertunjukan boneka,muzium,dan pawagam yang memaparkan set filem Popeye..

lihat keunikan desa ini di video berikut!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top