![](https://produk2u.com.my/wp-content/uploads/2017/04/Cara-Buat-Resume.jpg)
Resume yang berbentuk konventional iaitu mempunyai sehingga 3-4 muka surat sudah tidak releven pada dunia IT kini.”Thumbs Up Rule” mengatakan resume yang baik cukup sekadar 1 muka surat dan 2 muka surat maksima jika pengalaman anda kurang dari 10 Tahun.
Sebelum anda tahu nak membuat resume, anda kena tahu dahulu apa itu RESUME?
-
Medium untuk anda menjual potensi kepada syarikat
-
Ringkasan info yang padat mengenai diri anda
-
Salah satu pemasaran melalui komunikasi tulisan
-
Ayat yang ringkas dan memukau
-
Satu dokumen untuk meyakinkan majikan anda mengenai siapa diri anda dan juga bahagian apa yang anda mahir
-
Dokumen yang menunjukan dengan jelas anda punya ‘goals’
Kenapa ia sangat-sangat penting ?
-
Ia adalah medium komunikasi pertama diantara anda dan majikan. Ingat, first impression counts!
Apa yang perlu ditulis dalam Resume?
-
Personal Information
-
Summary of Qualifation
-
Current Work Experience
-
Education and Traning
-
Reference
Ini part yang paling penting,
Bagaimana mahu menulis “winning resume”:
-
Anda kena buat sendiri, ini akan membuatkan anda lebih teratur untuk keluarkan idea dan maklumat peribadi.
-
Pastikan dia tidak ada kesalahan bahasa, rujuk resume anda kepada orang yang lebih berpengalaman seperti pensyarah
-
Pastikan ia kelihatan cantik, maksudnya disini elakan menggunakan kertas yang murah jika anda print resume tersebut
-
Gunakan ‘font’ yang sesuai
-
Jujur, ringkas dan logik, jangan overclaimed/overstate dalam penulisan resume anda
-
Sentiasa positif, tekankan hasil kejayaan anda, elakan merendah diri
-
Sentiasa update & edit resume. Pastikan anda menggunakan ayat-ayat yang betul dalam penulisan di dalam resume. Jangan buat sekali dan puas hati. Buat sehingga anda benar-benar puas hati.
-
Pastikan ia kemas, bersih dan tersusun.