Diantara kesilapan dan kesalahan yang telah mendarah daging di dalam masyarakat kita adalah :-
Pertama :
Bila berlaku perceraian, suami isteri akan keluar dari rumah (tinggal berasingan). Di dalam perundangan islam, suami yang menceraikan isterinya dengan talak raj’i haram (berdosa) baginya menghalau isterinya keluar dari rumahnya ketika masih dalam tempoh iddah dan haram (berdosa) bagi isteri yang ditalak oleh suaminya keluar dari rumah suami tanpa keizinannya sepanjang tempoh iddah berlangsung.. Mungkin ramai yang tidak tahu di dalam tempoh iddah talak raj’i isteri masih menjadi hak bagi suaminya melainkan jimak…
Kedua:
Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat kita adalah bab ruju’..
Ada wanita yang berkata, “suami saya ingin ruju”, tapi saya masih memikirkan sama ada untuk terima atau tidak”
Ketahuilah, bahawa ruju’ tidak mmerlukan sebarang persetujuan dari pihak isteri. Ruju’ ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.
Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talak satu kepada isteri,maka si isteri berkata :
“Abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talak abang tu?”
Tiada sebarang peruntukan dari Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju’ kembali.
Imam Ibn Qudamah berkata :
Ertinya : Ruju’ adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : “Aku dengan ini ruju’ kembali dengan isteriku”
Tanpa diperlukan kehadiran wali,sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya sesungguhnya ruju’ tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti diberitahu dahulu kepada isteri,ia adalah dengan ijma’ seluruh ahli ilmu.”
( Al-Mughni, 7/405)
Ketiga :
Ramai para isteri bila suami meninggal dunia mereka menganggap harta peninggalan suami adala hak mutlaknya.. Ketahuilah bahawa harta tersebut juga merupakan hak ke atas anak-anak suami, isteri-isteri suami yang lain (suami berpoligami) dan ibu bapa suami.. Kalau mereka(isteri) membolot kesemuanya sedangkan anak-anak suami masih ada yang belum baligh maka ini bermakna si isteri tadi telah memakn harta anak yatim. Bila dah makan harta anak yatim maka solat tak diterima, puasa tak diterima dan doa tak terangkat..
Keempat :
Sudah menjadi budaya masyarakat kita sesudah seseorang itu dinikahkan maka perkara yang menjadi topik perbualan oleh kenalan-kenalan pengantin adalah “berapa kali lafaz” “kau jangan gelakkan orang,nanti kau kahwin orang gelakkan kau pula”
Juru nikah atau disebut sebagai Tok Kadi sebenarnya tidak perlu dan tidak patut memayah-mayahkan pengantin dengan “memaksa” pengantin lelaki yang ketika itu hendak dinikahkan agar dia menyebut nama penuh bakal isterinya, dan tidak perlu juga menyebut jumlah mahar jika pengantin lelaki tersebut tidak mahu\gugup\tidak mmpu melafazkan qabul yang panjang… cukuplah\sah lafaz qabul dari lelaki yang nak berkahwin itu dengan lafaz “saya terima nikahnya” atau “saya terima perkahwinannya”
(sila rujuk Qolyubi wa umairah,m\s216,jz3)
Apa syarat ijab dan qabul dalam pernikahan?
Syarat Ijab dan Qabul :
1) Keduanya berlaku dalam satu mjlis.
2) Ucapan qabul tidak menyalahi ijab.
3) Antara ijab dan qabul tidak diselangi dengan kata-kata lain.
4) Lafaz ijab dan qabul itu tidak menunjukn nikah tersebut terbatas waktunya.
Cuma itu sahajalah syarat-syarat sah nikah dalam feqh islami.. Tetapi segelintir juru nikah, menambah satu lagi syarat.. Syarat mereka ialah lafaz qabul itu mesti dengan satu nafas ,tidak boleh sangkut-sangkut. Dalam kitab mana mereka ambil?
Kadang-kadang juru nikah ok tapi saksi pula masalah.. Ijab dan qabul telah sempurna tetapi bila lafaz qabul dari pengantin agak lambat (tak satu nafas) disuruhnya ulang sekali lagi..
Sebenarnya nikah ni mudah sahaja kalau juru nikah itu betul-betul ikut hukum feqh dan saksi pula dari kalangan orang yang faham agama.
Demikianlah beberapa kesilapan dan salah faham masyarakat yang biasa berlaku dalam masyarakat kita sama ada kerana kejahilan ilmu agama atau sengaja mendahulukan akal dan nafsu dari agama..
Assalamualaikum.. sy mohon utk copy utk smpanan sy. harap tuan boleh izinkan.. terima kasih… salam ramadhan.. 🙂
Silakan Moga Bermanfaat bersama.. 🙂