Apa Berlaku Jika Suhu Dunia Meningkat 5°C

hot

Dunia semakin panas, dan badan dunia yang bertanggungjawab memantau perubahan dan pemanasan iklim, Intergovermental Panel on Climate Change (IPCC), telah pun mengesankannya dalam Laporan Penilaian ke-4 IPCC yang diterbitkan awal Februari 2007 lalu. Menurut Iaporan ini, pemanasan ini adalah akibat peningkatan kepekatan  gas-gas rumah hijau (terutama karbon dioksida CO2) di atmosfera terutamanya akibat dari pengunaan bahan apifosil.

Jika kadar pembebasan gas-gas ini berterusan pada kadar kini atau lebih tinggi di penghujung abad ke-21 suhu di negara ini diunjurkan boleh mencecah 38°C atau lebih, den sudah tentu menjejaskan keselesaan manusia. Kita mungkin perlu mengubah reka bentuk rumah. tumbuh-tumbuhan dan haiwan perlu menyesuaikan diri dengan peningkatan suhu. dan dalam proses tersebut mungkin ada yang pupus. Pelbagai sektor di Malaysia mungkin akan terjejas. Ketahanan manusia pada suhu itu juga mungkin berbeza. Kita juga akan meningkatkan penggunaan tenaga, sekali gus menggunakan bahan bakar seterusnya menambah CO2 di udara, yang menyumbang pula kepada peningkatan pemanasan tersebut.

Peningkatan suhu dunia akan menyebabkan perubahan iklim dan peningkatan paras laut. Fenomena-fenomena iklim seperti El Nino, MJD, IOD, kitaran monsun dan sebagainya akan berubah, kemungkinan mengakibatkan banjir, kemarau, gelombang panas dan fenomena cuaca ekstrem menjadi lebih kerap berlaku.Peningkatan paras laut juga akan menyebabkan kawasan rendah akan ditenggelami air dan masalah hakisan pantai yang lebih ketara. Adalah sukar untuk meramal dengan tepat yang berlaku pada masa  akan datang tetapi apa yang disebut tetapi apa yang disebut adalah seperti gambaran yang dinyatakan dalam laporan IPCC

Demikian senario yang digambarkan Prof. Madya Dr. Fredolin Tangga @ Tajudin Mahmud dari Pusat Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia apabila diminta berbincang mengenai isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Dr. Tajudin menjelaskan secara amnya. fenomena pemanasan global bolehlah dikatrifkan sebagai fenomena peningkatan suhu udara dan lautan secara berterusan .Fenomena pemanasan  global ini telah berlaku sekian lama dan proses  peningkatan suhu ini dijangka  akan berterusan, dan menyebabkan pelbagai impak kepada persekitaran, keadaan cuaca dan iklim, aspek-aspek ertanggungjawab memantau perubahan iklim dan pemanasan sosial ekonomi penduduk dunia.

Setakat ini badan dunia bertanggungjawab memantau perubahan iklim dan pemanasan iklim iaitu Intergovermental  Panel on Climate Change (IPCC) telah mengeluarkan empat laporan penilaian mengenai perubahan iklim. Laporan  terbaru iaitu Laporan Keempat IPCC  (AR4) dikeluarkan pada awal Febuari 2007 yang lalu. Laporan ini berdasarkan pelbagai kajian yang melibatkan 600 saintis diseluruh dunia. Seperti lazimnya , setiap laporan baru akan dikeluarkan, keyakinan menjadi semakin tinggi dengan pelbagai bukti dan hasil kajian terkini menjurus kepada dunia sememangnya mengalami proses peningkatan suhu .

Menurut Laporan AR4 ini, fenomena pemanasan global sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Pemanasan ini amat ketara dari trend peningkatan suhu purata dunia sejak pencerapan mula dilakukan pada 1850, trend peningkatan paras laut dan trend penurunan litupan salji dan ais di Hemisfera Utara (Rajah 1, Sumber AR4  IPCC 2007)

O

Menurut Laporan AR4 IPCC juga, sebelas tahun terakhir dari tempoh 1850 hingga 2005 adalah antara 12 tahun yang terpanas dalam rekod pencerapan dengan tahun 2005 dan 1998 adalah tahun-tahun yang terpanas. Pihak UK Meteorological Office meramalkan bahawa, tahun 2007 berkemungkinan menjadi tahun yang paling terpanas memandangkan tahun ini juga berlakunya fenomena El Nino.

Laporan tersebut juga menunjukkan trend peningkatan suhu bagi tempoh satu abad (1906-2005) adalah 0.74°C, manakala bagi 50 tahun terakhir ianya lebih tinggi iaitu sekitar 0.13°C.Perbezaan suhu pada tahun 1805-1899 berbanding 2001-2005 adalah sekitar 0.76°C.

Di malaysia , kita tida dapat lari daripada mengalami fenomena pemanasan global ini. Kajian Tanga et al.(2006) menunjukkan hampir semua kawasan di malaysia mengalami peningkatan suhu. Kuala Lumpur misalnya, berdasarkan data pencerapan suhu sejak 40 tahun lalu, peningkatan suhu dalam tempoh tersebut adalah sekitar 3.5-4.0°C/100 tahun iaitu jauh lebih tinggi daripada peningkatan suhu dunia sejak 50 tahun yang lalu (Rajah 2)

Rajah 2 (Trend peningkatan suhu di Subang, Sumber Tanga et al.2006)

OO

Bagi kawasan-kawasan lain seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1. Secara amnya kadar pemanasan lebih tinggi berbanding dari purata suhu dunia. Ini mungkin juga heat island berpunca daripada pembangunan kawasan bandar.

Bagaimanapun kadar pemanasan ini memang berubah mengikut kawasan (Rajah 3).

Rajah 3 (Trend pemanasan, Sumber:NOAA, USA

OOO

 

Mengapa pemanasan global berlaku?

Menurut laporan IPCC AR4, pemanasan global yang dialami adalan akibat daripada peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau (CO2, menata, N20, CFCs)  akibat kegiatan manusia (pembakaran rumah api fosil, kegiatan guna tanah dan sebagainya).Peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau ini memerangkap haba dalam sistem iklim bumi dan menjadi suhu dunia semakin meningkat.

Rajah 4 menunjukkan peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau yang utama (Rajah 4, Sunber AR4 IPCC 2007).

Pelbagai model menunjukkan peningkatan suhu dunia utama sejak 40-50 tahun lalu adalah akibat daripada peningkatan gas-gas rumah hijau (Rajah 5)

OOOO

Rajah 4                                                                                                                                                                    

(Peningkatan kepekatan karbon dioksida, nitrus oksida dan metana, Sumber:AR4 IPCC 2007).

Menurut AR4 IPCC, pada tahun 2005 kepekatan CO2 adalah 379 ppm berbanding pada 280 ppm sebelum eraindustri (pre-industril). Terdapat jangkaan kepekatan dua kali ganda CO2 ini akan dapat dicapai sekitar tahun 2030- 2060 jika kadar  pengeluaran gas-gas ini berada pada tahap kini.

OOOOO

Rajah 4                                                                                                                                                                      

Garis hitam (cerapan). Merah (model mengambil  kira pendayaan iklim semula jadi dan gas-gas rumah hijau), Biru (pendayaan iklim rumah hijau sahaja).

Siapapengeluar utama gas-gas rumah hijau: Negara-negara maju (terutamanya Amerika Syarikat), China. India  (Rajah 6). Amerika dan Australia tidak menandatangi Protokol Kyoto.

OOOOOO

Bagaimana keadaan pemanasan bumi di masa akan datang?

Saintis tiada cara lain mengunjurkan pemanasan ini kecuali melalui penggunaan model dan ini bergantung kepada senario pengeluaran gas-gas rumah hijau.

Menurut laporan AR4 IPCC, bergantung kepada senario pengeluaran gas-gas rumah hijau, pada penghujung abad ke-21 , diunjurkan suhu adalah antara 1.0-6.3°C lebih tinggi berbanding secara relatif dengan suhu pada tempoh 1980-1999. Terdapat model yang memberikan unjuran bahawa jika kadar kepekatan gas rumah hijau dua kali ganda dicapai (sekitar 2030-2060) suhu bumi akan menjangkau peningkatan dua hingga  lima darjah celsius.

Apa yang akan berlaku kepada dunia sekiranya suh meningkat sehingga 5°C atau lebih tinggi, sukar  dibayangkan. Persekitaran dan pelbagai sektor sosioekonomi akan terjejas. Segala-galanya mungkin berubah.

Secara umumnya pemanasan gobal akan membawa kepada tiga impak: 1.Perubahan iklim 2.Peningkatan paras laut 3.Peningkatan suhu itu sendiri.

Peningkatan suhu yang tinggi akan merubah pelbagai persekitaran-flora dan fauna perlu menyesuaikan kepada suhu yang tinggi, cara kehidupan manusia juga mungkin perlu berubah – bentuk kediaman perlu sesuai, keperluan tenaga dan sbagainya, penyebaran penyakit mungkin berubah.

Peningkatan suhu juga merubah akan merubah keadaan iklim yang ada ketika ini. Kitaran musim, taburan hujan akan berubah. Peristiwa cuaca ekstrem seperti banjir, kemarau akan kerap berlaku. Ini pun sudah ada tanda-tanda berlaku walaupun sukar dipastikan sama ada ia berkait secara langung dengan fenomena pemanasan global ini. Bukan sekadar itu, fenomena-fenomena iklim semula jadi EL nino ,Indian Ocean Dipole dan Madden-Julian Oscillation akan berubah ciri-cirinya dan sekali gus akan menyebabkan perubahan iklim yang ketara dan mungkin tidak menentu. Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena-fenomena ini.

Peningkatan suhu juga akan menyebabkan pencairan salji, ais dan glasiar dan juga pengembangan isi padu air laut akan menyebabkan peningkatan paras laut. Terdapat model yang mengunjurkan bahawa peningkatan suhu antara 2-5°C akan menyebabkan liputan ais Greenland akan hilang da menyebabkan peningkatan paras laut. Banyak kawasan rendah akan ditenggelami dan ramai penduduk dunia yang akan hilang tempat tinggal . Malaysia , tidak akan terkecuali , kawasan-kawasan rendah akan mengalami proses hakisan yang hebat dan ditenggelami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top