Al Jazeera Live – Mesir

Al Jazeera Live  Arabic :

Bunyi tembakan peluru hidup tidak putus-putus semenjak jam 7 pagi tadi

Cara penyerbuan yang sangat ganas oleh Kementerian Dalam Negeri dan pasukan bersenjata. Gas pemedih mata telah dilepaskan dari 4 penjuru (Salah Salem, Tiba Mall, Jalan Nasr dan Jalan Thayran).

Ikhwanonline melaporkan pasukan polis kini memulakan serangan bagi menyuraikan perkumpulan di dataran Raba’ah dan Nahdhah sebentar tadi. Hingga kini 5 orang terbunuh. Pasukan penembak tepat juga mengambil kedudukan di atas bangunan Perisikan berhampiran Raba’ah. Dataran Nahdhah pula polis melepaskan gas pemedih mata. Polis mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong Mursi di dua dataran ini berkurangan selepas solat Subuh tadi.

Al Jazeera : Pasukan Keselamatan Mesir menyerang kem-kem pro demokrasi

Pasukan keselamatan memulakan operasi untuk meleraikan penunjuk perasaan di Kaherah. Dilaporkan gas pemedih mata dan senapang patah digunakan.

Beberapa orang maut apabila pasukan keselamatan memulakan operasi untuk meleraikan perhimpunan pro-Mursi yang telah berdemonstrasi di jalanan Kaherah semenjak sebulan yang lalu apabila Presiden Mesir, Dr Mursi digulingkan.

Pagi rabu, rakaman siaran langsung dari Kaherah menunjukkan asap menyelubungi Medan Nahdhah dan telah dilaporkan gas pemedih mata dan tembakan senapang patah dilepaskan ke arah penunjuk perasaan Pro Demokrasi di dataran tersebut.

“Sedang berlaku pembunuhan beramai-ramai sekarang… hanya yang terburuk boleh dijangkakan ” berkata seorang ahli pakatan anti kudeta mesir, Laila. “Apa yang berlaku sekarang adalah jenayah kemanusiaan”

Menurut Reuters, sekurang-kurangnya 15 orang maut.

Pemberita al-Jazeera, Dorothy Parvaz melaporkan dari Kaherah bahawa “Kelihatan banyak asap hitam dan helikopter berlegar-legar di ruang udara”.

Media Kerajaan mengesahkan bahawa pasukan keselamatannya telah memulakan rancangan berfasa mereka untuk meleraikan demonstrasi di Kaherah.

Tindakan ini adalah susulan daripada ancaman selama berminggu daripada kerajaan sementara (kudeta) bahawa ‘kekerasan’ mungkin digunakan untuk meleraikan tapak demonstrasi tersebut.

Sekarang jumlah mereka yang terkorban dan tercedera di Medan Nahdhah dan Rabiatul Adawiyah terus meningkat.

Hasbiyallahu wani’mal wakeel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top