Select Page

kebaikan halia,halia muda,halia tua

Kalau korang nak tahu, Halia dan Air Halia sekrang ini memang tak pernah lekang daripada dapur serta juga besar kesukaan ubu-ibu didapur. Sikit-sikit air halia. minum petang air halia, tengah hari air halia, malam-malam buta duk hirup air halia dan entri kali ini pun sembang pasal halia juga. Nak cantik punya pasal,

(ada ke kaitan entri halia dengan kecantikan? Haha…)

Yang bestnya, bila saya minum je, rombongan cik Kiah yang diketuai oleh cik abang saya pun akan turut serta meneguk campuran air halia dan limau nipis yang telah saya buat. Sedap dan kreatif katanya.

Kreatif? Hehe… bab tu membuatkan saya gelak sorang-sorang di dapur. Saya jelaskan pada suami, sebenarnya Resipi Jus Halia Limau Nipis ni saya dapat daripada ahli lembaga mesyuarat tingkap, bukan ciptaan sendiri.

Sedap tak sedap, saya tak berani jamin. Lain padang lain belalang. Kalau korang ingin mencubanya, boleh tengok di bahagian paling bawah artikel ini. Sebelum itu, apa kata kita baca dahulu khasiat halia yang gigih saya kutip di internet.

 

Halia yang dikatakan berasal dari negara China ialah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun dan digunakan sebagai rempah dalam masakan. Di Malaysia, halia kebiasaannya diusahakan secara kecil-kecilan oleh peladang sebagai tanaman sampingan disamping tanaman utama seperti kelapa sawit dan getah.

 

Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol (misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

 

fellandren dan dextrokamfen.

Antara kegunaan dan khasiat halia ialah,

1. Membuang Angin
Saya rasa ramai yang dah tahu, air rebusan halia yang telah dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus besar dan kecil kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

2. Menghilangkan bengkak dan luka kecil
Halia segar yang telah ditumbuk halus dan diekstrak jusnya boleh digunakan untuk menghilangkan angin dan bengkak pada luka luar dan dalam, merawat kegatalan akibat gigitan serangga, mengubati gigitan ular, disapu ketika sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-bengkak, mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness), serta menghilangkan panau. Sementara itu kandungan minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak.

3. Membantu penghadaman
Halia membantu proses penghadaman supaya berjalan lebih lancar iaitu dengan merangsang kelenjar pencernaan. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman.

Antara Manfaat Dan Khasiat Lain Halia Yang Saya Sendiri Tidak Tahu Kesahihannya!

  1. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  2. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  3. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  4. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  5. Menghilangkan bau busuk mulut.
  6. Membakar lemak dan selulit.
  7. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
  8. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, dan demam panas

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.” Kandungan kimia pada halia

Resepi Jus Halia Limau Kasturi / Limau nipis

  • Halia secukup rasa (terpulang, kalau nak rasa yang lebih pedas dan panas, perbanyakkan. Untuk saya, cukup sebesar ibu jari. Jangan lupa buang kulit kemudian hiris nipis-nipis)
  • 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
  • air suam secukupnya
  • 3 camca kecil gula (kurangkan manis)

Cara penyediaan
1. Campurkan hirisan halia, limau kasturi / limau nipis dan air suam ke dalam jug atau bekas yang kecil.
2. Kacau gula sehingga larut di dalam cawan berisi air panas (air panas memudahkan gula terlarut).
3. Masukkan gelas yang berisi gula terlarut ke dalam bekas yang berisi halia dan limau kasturi itu tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Tambah ais sekiranya perlu (tidak digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet, ais boleh membekukan makanan berminyak yang baru kita makan)

Siap sudah… memang mudah dan sesuai untuk orang yang pemalas macam saya. Hehe…