Seorang penganut kristian menghubungi Syeikh ‘Arifi dalam satu siaran langsung tv
Penganut Kristian:Assalamu’alaikum Syeikh
Syeikh:Waa’laikumussalam warahmatullahi wabaratuh
Penganut Kristian:saya inginkan jawapan yang ilmiah dari anda berkenaan mandi janabah
Syeikh:Anda ingin jawapan ilmiah(dari sudut sains)?
Penganut Kristian:yee..dari segi sains atau kesihatan
Syeikh:Soalan yang bagus..Setelah manusia melakukan persetubuhan atau yang seumpamanya,akan keluar dari tubuh sesuatu seperti zat..Zat ini akan menutup liang kecil yang ada ditubuh manusia..Bila orang yang berjunub mandi zat-zat ini akan hilang dan tubuh akan kembali aktif..Sebab tu di dalam sunah mandi junub hendaklah digosok tubuh dengan tangan sehinggalah air rata keseluruh tubuh..
Penganut Kristian:yee
Syeikh:itulah jawapannya..Anda boleh lihat orang yang dalam janabah yang masih belum mandi ada bau yang tidak sedap keluar dari badannya
Penganut Kristian:yee..ini dalam keadaan tidak mandi?
Syeikh:dalam keadaan tidak mandi…yee
Penganut Kristian:Dari sudut agama,apakah salah jika tidak mandi?
Syeikh:yee..kerana dia dalam keadaan tidak suci dan solatnya tidak sah..Nabi bersabda ada tiga golongan yang Malaikat tidak akan mendekatinya,disebutkan salah satunya ialah orang berjunub sehinggalah dia mandi..Oleh itu wajib mandi khususnya bila masuk waktu solat..Tidak dapat tidak dia mesti mandi untuk solat
Penganut Kristian:yee2..semoga Allah membalasmu dengan kebaikan wahai Syeikh
Syeikh:George,nama anda agak pelik
Penganut Kristian:saya adalah penganut kristian
Syeikh:Anda bukan muslim?
Penganut Kristian:bukan..bukan
Syeikh:baik,George apa pendapat anda tentang islam?
Penganut Kristian:Saya selalu mengikuti program anda(di tv)..Saya ada beberapa soalan nak tanya secara peribadi
Syeikh:Baik,apakah anda boleh tanyakan soalan itu sekarang untuk dikongsikan bersama dengan para penonton agak boleh diambil faedahnya..tapi kalau soalan anda terlalu peribadi saya akan menghubungi anda setelah selesai program ini..
Penganut Kristian:Anda akan hubungi saya?
Syeikh:yee.saya akan menghubungi anda tapi sekarang ini saya ada solan untuk anda wahai George
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Penganut kristian mengatakan bahawa isa(jesus)adalah anak Allah..tak begitu?
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Maknaya Allah suka untuk ada anak dan dia ada anak namanya isa(jesus)..betul?
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Baik,jika Allah suka untuk memiliki anak kenapa Allah hanya ada satu anak?kenapa tidak 10 atau 20 orang anak?Soalan saya lagi,jika Allah ada anak yang namanya isa,kenapa isa tidak memiliki anak juga?betul?
Penganut Kristian:Saya tidak ada jawapannya
Syeikh:Begitulah juga George,jika Allah ada anak,ini bermakna Allah mempunyai ibu ayah,datuk dan nenek,betul?jika begitu mengapa Allah menyembunyikannya dari kita?kenapa tidak munculkan kepada kita agar kita dapat sama-sama menyembahnya?
Penganut Kristian:Ya Syeikh perbahasan ini agak berat bagi saya
Syeikh pun ketawa:))
Syeikh:baiklah,saya akan tanya soalan yang lebih mudah(syeikh senyum)..Adakah anda pernah dengar dari dahulu sehingga sekarang adanya seorang Paderi memeluk agama islam?
Penganut Kristian:yee2 pernah
Syeikh:mereka ada website?
Penganut Kristian:yee
Syeikh:mereka juga mempunyai program siaran tv,betul?
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Tapi adakah anda pernah mendengar dari dulu sampai sekarang ada dikalangan ulama-ulama islam yang tukar agama islam kepada kristian(murtad)?
Penganut Kristian:tidak
Syeikh:kenapa?
Penganut Kristian:Terus terang saya katakan syeikh saya mahu berbicara dengan anda secara peribadi
Syeikh:Baik,Saya nak tanya anda soalan terakhir selepas itu anda boleh tinggalkan no.fon anda kepada kru,saya akan menghubungi anda nanti..
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Soalan terakhir..orang–orang kristian akan beribadat sekali sahaja dalam seminggu..hari ahad..
Penganut Kristian:yee
Syeikh:Berapa ramai yang datang ke greja?
Penganut Kristian:Ramai sekali
Syeikh:baik,mungkin ramai di negara-negara arab tetapi di eropah terlalu sedikit yang datang ke gereja..Adapun masjid orang islam anda boleh lihat lima kali sehari kehadirannya ramai
Penganut Kristian:yee
Syeikh:kenapa?Apa yang menggerakkan kami pergi ke masjid sedangkan orang-orang kristian bilangan gerejanya banyak tetapi tidak mahu beribadat di gereja?soalan ini adalah realiti wahai George,saya mengharapkan orang-kristian memikirkannya..Demi Allah jika isa ‘alaihissalam ada bersama kita hari ni,dia tidak akan redho untuk disembah dan dia tidak akan redho anda mengatakan yang dia adalah anak Allah,dan dia akan kata yang dia adalah hamba Allah dan Rasul Allah sebagai manusia seperti kita…Anda boleh tinggalkan no.fon anda kepada kru,percayalah saya sangat gembira untuk menghubungi anda.
Penganut Kristian:Terima kasih Syeikh
Syeikh:sama-sama
Penganut Kristian:Ulama islam mesti bertemu dengan orang-orang kristian untuk membahas semua perbezaan pendapat
Syeikh:betul..betul tuu..
saya ada kawan penganut kristian dan selalu berhubung..Sebahagian mereka telah kembali kepada akidah isa,akidah yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun..
Saya akan segera hubungi anda selepas program ini..insya Allah
Penganut Kristian:Terima kasih syeikh
Syeikh:Semoga Allah membimbingmu ke jalan yang lurus..
Semoga Allah membuka pintu hidayah buat penganut kristian tersebut..Semoga Allah tidak matikannya melainkan dia mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun..
Aamiiin..
Berbaik-baik kepada setiap insan, tak kira islam atau pun bukan islam, moga Allah memberi hidayah kepada mereka