Saidina Umar Ditimpa Sakit Kerana Mendengar Ayat Azab

umar- al-khattab

Satu malam di Madinah,Amirul Mukminin Saidina Umar ra.keluar menyiasat keadaan umat Islam dan telah melalui rumah seseorang yang sedang melakukan Solat Sunat. Umar ra.berdiri disitu dan berdiam diri sambil mendengar bacaan surah Thuur dari mula,sehinggalah ayat 7-8 :

“Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku.Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya.“ (Thuur : 7-8).

Umar berkata: Demi Tuhan Ka’bah,ini satu sumpah yang benar.. Umar ra.membuka tali untanya dan duduk bersandarkan dinding berseorangan.Kemudian dia kembali ke rumah dan sakit selama satu bulan.Semasa sakitnya,ada yang melawat beliau, namun tidak siapa yang tahu sebab penyakitnya.

Bayangkan Saidina Umar ra.ditimpa sakit kerana mendengar ayat-ayat azab ini! Moga kita sentiasa menghayati isi kandungan al-Quran lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini.

Sumber : Tafsir Ibnu Kathir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top