Roda Kehidupan

Roda Kehidupan

Hidup ini ibarat roda terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah. Kita akan megah bila berada di atas, tatkala dipandang mulia dan diberikan tempat yang tinggi oleh masyarakat.Dan bilamana satu ketika kita berada di bawah, tatkala kita dihina, dicaci dan dicerca oleh musuh kita, atau sesiapa sahaja yang mungkin pada satu ketika kita pemah berselisih pendapat dan membuatkan mereka terasa hati, mungkin itulah masanya kita menyedari kesilapan kita.

Di mana sahaja kita berada dan walau bagaimana juga keadaan kita, dengan gaya hidup mewah dan
berjawatan tinggi, sernua itu adalah nama dan perhiasan hidup yang boleh melekakan kita. Kerana itulah hidup ini Allah SWT telah peringatkan kita dengan hukum-hakam dan undang-undang, dan peringatan diberikan supaya beringat akan masa hadapan dan hari akhirat. Firman Allah S.W.T:

Ertinya: “Dan kami turunkan kitab kepada engkau dengan sebenarnya, membenarkan dan menjaga kitab yang telah terdahulu. Sebab itu hukumlah di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah. Dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu yang membelokkan engkau dari kebenaran yang sudah datang kepada engkau. Untuk masing-masing. karni buatkan aturan dan jalah. Kalau Allah mahu, nescaya kamu dijadikan satu ummat sahaja, tetapi Allah hendak menguji kamu tentang pemberiannya kepada kamu, sebab itu berlumbalah dalam usaha-usaha kebaikan. Kepada Allah tempat kembali kamu, lalu diberitahukanNya kepada kamu apa yang kamu pertengkarkan itu.”(A|-Maidah : 48)

Persediaan yang mapan dan mantap perlu ada dalam diri kita dalam menghadapi kehidupan mendatang. Selaku pelajar agama, bukan setakat asas dalam ilmu itu yang perlu ada, malah lebih lagi. Kerana itulah kita mempelajari hukum dan undang-undang Allah S.W.T ini. Ilmu inilah yang akan membatasi klta dari melakukan kesilapan dalam kehidupan dan membezakan kita dari kalangan orang yang tidak berilmu kerana dengan ilmu inilah kita dapat membantu insan lain. Imam Al-Ghazali pernah berkata:

Ertinya:“Sesiapa yang memiliki ilmu memanfaatkannya kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar

Dewasa ini kita menyaksikan ramai kalangan orang yang berilmu tidak manfaatkan ilmu yang ada dalam diri mereka. Ilmu yang ada tidak disampaikan kepada orang lain. Sesungguhnya Imam Ahmad bin Hanbal telah berkata:

Ertinya: “Apabila orang alim senyap (untuk melepaskan diri) dan orang jahil terus dengan kejahilan,
bilakah kebenaran akan tertegak.”

Hukum yang diturunkan adalah untuk dijalankan, bukan sekadar diperjuangkan dengan omong kosong. Satu ketika kita sebagai mahasiswa dan penuntut Hmu, mempelajari undang-undang, hukum alam, ilmu duniawi dan sebagainya. Dan dalam masa yang sama kita bergiat dalam persatuan. Segala ilmu yang ada dalam diri kita, kita amalkan dalam persatuan dan segala hukum yang diperintahkan kita amalkan. Dan pada satu masa kelak, kita akan bergaul daiam masyarakat,
bertanggungjawab daiam melaksanakan segala perintah Allah SWT. Inilah masanya untuk kita menegakkan  kebenaran kerana kuasa ada di tangan kita. Andai takut melebihi tanggungjawab, beringatlah bahawa dunia ini adalah pinjaman dan di akhirat kelak kita sendiri akan dipersoaikan atas amanah yang tidak tertunai.

Janganlah kita takutdengan ugutan, sayangkan harta dan perhiasan. Iman Abu Hanifah menyatakan, “orang yang cintakan kernevvahan dunia ialah penakut, tidak berani menegakkan kebenaran yang diredhai Tuhan. ”

Kemewahan yang kita rasai dalam hidup mungkin adalah saat dan waktu roda kita berada pada bahagian atas. Bagaimanakah nanti tatkala roda itu berada di bahagian bawah? Saat itulah baru kita menyedari keagungan Tuhan, merasa diri terialu kerdil dan kecil. Saat itulah kita akan mengharapkan bantuan orang lain.

Kurniaan Allah S.W.T adalah nikmat yang tidak terhingga. Maka saat bahagia inilah kita perlu syukuri anugerah Tuhan serta turuti sunnah dan perintah yang dipertanggungjawabkan. Keluarkan harta dijalan Allah dan sentiasa beringat akan hari mendatang. Nescaya tatkala kita diuji dengan kerugian dan kedhaifan, kehidupian kita kelak tidak akan dihina dan dicerca. Andai dalam keadaan begitu, teruskanlah kehidupan dengan amalan yang baik dan menyenangkan semua orang. Ibarat kalam yang dituturkan oleh Basyar bin Harts, “Orang kaya yang berbuat baik itu seperti kebun di atas sampan. Dan orang fakir yang berbuat baik itu bagaikan ikatan mutiara pada leher wanita cantik.”

1 thought on “Roda Kehidupan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top