Kita tidak hairan jika di barat seperti di Perancis undang-undang pengharaman niqab dikuat kuasakan..
Tapi kita hairan dan sedih bila tentangan itu datang dari orang-orang islam itu sendiri dari negara yang dikatakan negara islam..
Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu adalah hak kebebasan berpakaian
Bila wanita muslimah berniqab dikatakan extrim dalam beragama
Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu modern
Bila wanita muslimah berniqab dikatakan tidak bertamadun
Tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sebahagian dari hukum-hukum islam
Cuma para fuqaha’ berbeza pendapat mengenai hukumnya
Di dalam mazhab imam Syafie terdapat dua qaul(pendapat)
Qaul Pertama(qaul muktamad):wajib berniqab
Qaul kedua:Tidak wajib(sunat)
Secara umumnya jumhur(majoriti)Ulama islam berijtihad bahawa niqab tidak wajib..oleh itu muka dan tangan wanita bukanlah aurat
Sebahagian Ulama dalam mazhab Hanbali dan qaul kedua mazhab imam syafie mereka berijtihad bahawa niqab adalah wajib..muka dan tangan adalah aurat disisi mereka..
Walaupun hukum memakai niqab itu tidak wajib menurut jumhur,tapi tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sunnah isteri-isteri Nabi s.a.w..
Oleh itu seorang muslimah yang memakai niqab dengan niat mahu mengikut sunnah isteri-isteri Nabi..dengan tujuan untuk memelihara maruahnya..dengan tujuan agar kecantikannya hanya diperlihatkan kepada suami tercinta wajarkah mereka ini dilebel sebagai muslimah yang extrim?wajarkah mereka disebut sebagai wanita yang tidak bertamadun?wajarkah hak-hak mereka ini dihalang dan dihina ???