Meniti Pro dan Kontra Pelajar Pulang ke Malaysia

480303_10200132577624016_1854508007_n

Mutakhir ini, kredibiliti dan abiliti pelajar kian disanggah dan diperkotak-katikkan. Pelajar keluaran beberapa waktu kebelakangan ini dilihat semakin tumpul tahap intelektualisme mereka sebagai cendekiawan Islam. Apakah sebenamya faktor yang mengubah situasi pelajar yang suatu ketika dulunya pemah dilabelkan sebagai ulama’-ulama’ Islam yang disegani? Penulis kali ini cuba membawa pembaca sekalian meninjau secara lebih mendalam salah satu faktor yang dikatakan menjadi punca utama senario ini berlaku iaitu faktor kekerapan pulangnya pelajar ke Malaysia.

Semacam menjadi satu kemestian bagi yang bergelar pelajar, seolah-olah berlumba-lumba untuk pulang bercuti ke tanah air apabila tiba sahaja musim cuti. Sebenarnya situasi ini wajar diberi perhatian dan dibuat kajian yang serius memandangkan ia mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

Melihat dari kaca mata pro yang utama,kepulangan pelajar ke Malaysia, apabila dinilai secara tidak langsung, sebenarnya akan memulihkan semangat kepada pelajar yang ketandusan atau kurang bersemangat untuk meneruskan liku-liku pengajian di sini. Dalam masa yang sama, detik waktu tersebut juga mampu melatih diri pelajar untuk berhadapan dengan situasi sebenar dunia perjuangan yang hakiki, yang harus ditempuhi kelak di tanahair. Pelajar akan berpeluang untuk terjun ke dalam medan masyarakat, mencurahkan bakti dan khidmat, membangunkan anak bangsa.

Antara lain pro dengan pulang ke Malaysia juga, sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa yakin dalam diri untuk menghadapi kerenah dan kehendak masyarakat yang pelbagai. Dari situ, pelajar berpeluang untuk mempelajari uslub yang sesuai untuk digunakan dalam siri manhaj penyebaran dakwahnya kelak. Selain itu juga, berkemungkinan akan mampu membuka mata dan minda pelajar dalam usaha mevariasikan cabang dakwah yang cuba dilaksanakan.

Di antara pronya juga. dan melahirkan pelajar yang beridea kreatif dan inovatif dalam misi dan visi gerakan dakwah yang dijalankan, seandainya segenap masa dan kelapangan yang dimiliki sewaktu bercuti di Malaysia, dimanfaat dan didominasi sepenuhnya dengan menyertai dan melibatkan diri secara aktif dan praktikal menerusi kursus-kursus, seminar, bengkel dan sebagainya selain mengikuti program-program yang telah sedia ada seperti aktiviti sosial, keagamaan dan seumpamanya. Pelajar juga akan berpeluang untuk lebih mengetahui dan dalam masa yang sama berpeluang untuk menyelami dengan lebih mendalam seterusnya menghayati setiap permasalahan atau isu-isu semasa yang berlaku di tanahair.

Manakala kontra yang dapat dilihat pula ialah, tidak dapat dinafikan dengan kepulangan ke Malaysia, sedikit sebanyak pastinya akan memberi saham, menggugat kemerosotan ekonomi negara yang dimaklumi kian merudum. Situasi tersebut juga sebenarnya akan mewujudkan pelajar yang mempunyai tempoh kesempatan masa yang amat suntuk dalam usaha mempersiapkan diri sebagai keluaran institut yang unggul berikutan ketinggalan untuk memperdalamkan diri dengan ilmu-ilmu kesatuan dan haraki yang boleh didapati dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjur dan dilaksanakan oleh Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), Dewan-dewan Pewakilan Mahasiswa/wi (DPM) dan PMRAM sendiri, lantaran masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk tujuan tersebut terbuang dengan dihabiskan di tanahair. Kesempatan tersebut juga pastinya menjadi sesuatu yang lebih sia-sia apabila berada di tananair, pelajar terus menyepikan diri di ceruk-ceruk rumah dan bilik, tanpa menjenguk dan mencampuri dunia luar, dengan erti kata lain, tidak melibatkan diri langsung dengan sebarang aktiviti kemasyarakatan. Sosial mahupun agama yang dIanjurkan oleh pihak-pihak berwajib di kawasan masing-masing. Mata, lahirlah pelajar dan pelajar yang mandom dan lembab, yang tidak mampu membariskan diri seiringan dengan mahasiswa daripada universiti tempatan mahupun luar negara yang lain sama ada dari sudut ilmu, fikrah, kepimpinan mahupun perlaksanaan gerak kerja.

Selain itu juga, manfaat untuk lebih menebalkan ilmu di dada dengan ilmu-ilmu tafaqquh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian tafaqquh dan peluang bertalaqqi dengan ulama’-ulama’ serta para masyayeikh muktabar di dalam dan di pinggir-pinggir masjid di bumi Perlembahan Nil ini, pastinya akan luput begitu sahaja.

Jika dihitung, walaupun telah terzahir Iebih banyak pro daripada kontra yang diperkatakan, namun apa yang penting ialah impak yang bakal lahir daripada kesan kontranya kepulangan pelajar ke tanahair. Kita seharusnya meneliti dan mengkaji semula, kesan pro tadi akan terwujud, itu seandainya watak-watak yang dijangka dan direncanakan oleh penulis tadi benar-benar dilaksana serta mampu diadaptasi dengan baik oleh pelajar yang pulang bercuti. Namun, andai ramai yang lebih rela bergoyang kaki di kerusi rehat di rumah masing-masing, penulis pasti dan yakin, adalah lebih baik pelajar menghabiskan masa cuti di sini sahaja.

Sedikit kesempatan yang masih berbaki, wajarlah diintrospeksi semula. Kita tidak mahu melihat dan terus membiarkan title pelajar terus direndah-rendah dan dipermudah-mudahkan. Mulakan daripada diri, kemudian serulah orang lain. Pastikan title yang pernah berkibar megah dan gagah suatu ketika dulu hingga mampu melahirkan ramai ulama’ yang berwibawa sekaligus merangkap politikus-politikus yang disegani kembali bertapak semula. Kembalikan kekuatan keluaran institut. Sewajarya, kita terus berusaha memartabatkan kembali ketampilan pelajar dan dalam masa yang sama berusaha mewujudkan pembentukan jati diri pelajar yang tulen. Ingatlah, kitalah perubah itu…beredarlah daripada selimut-selimut kealpaan yang membalut tubuh dan pemikiran kita selama ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top