Masalah Angin Dalam Badan
Kembung perut atau ramai yang cakap perut masuk angin. Kebiasaannya boleh berlaku disebabkan oleh lebihan masalah angin dalam badan. Ianya bukan satu masalah yang luarbiasa, malah kebanyakan individu sering mengalaminya terutamanya golongan yang kuat bekerja tanpa menjaga waktu makan yang teratur. Secara dasarnya, angin dalam badan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak mengenal usia mahupun jantina seseorang. Lazimnya ia akan diikuti dengan kerap sendawa atau sakit perut yang memulas.
Angin dalam badan seringkali dikaitkan dengan amalan & aktiviti seharian seseorang. Sekiranya anda seorang yang bekerja, risiko anda untuk mengalami masalah ini juga adalah tinggi. Ini kerana apabila bekerja tubuh anda mengeluarkan banyak tenaga & tanpa anda sedari, anda sedikit demi sedikit menyerap angin secara berlebihan ke dalam tubuh. Angin yang diserap ini akan terus beredar di dalam sistem pernafasan anda mengakibatkan sakit sendi, mudah lenguh, pening kepala & keletihan.
Selain itu, ada juga angin yang disebabkan oleh amalan pemakan & gaya hidup seseorang. Sebagai contohnya, mengamalkan makan secara tidak teratur mengikut waktu yang menjadi tabiat anda akan merencatkan sistem pencernaan dimana ianya berkait rapat dengan sistem peredaran darah anda. Apabila tubuh tidak dapat mencerna makanan dengan baik ianya akan mengakibatkan berlakunya pertumbuhan gas lebihan di dalam perut. Akibatnya, anda akan selalu sendawa serta pedih ulu hati. Ianya hampir sama seperti mengalami gastrik, Cuma ia lebih kepada kurangnya darah beroksigen dipam di dalam badan. Darah akan tersekat di dalam salur vena yang menyebabkan urat bengkak lalu terjadinya sakit sendi serta keletihan.
Antara punca lain yang mengakibatkan angin dalam badan pula ialah merokok, kurang bersenam, stress & juga obesiti. Kesemua amalan & keadaan ini meningkatkan risiko untuk menerima angin lebihan di dalam badan berikutan kadar metabolisma & keupayaan badan yang lemah. Sebagai contoh, individu yang sering mengalami stress sangat mudah untuk mendapat migrain. Migrain juga berpunca daripada angin dalam badan dimana darah tidak dapat dipam secara stabil ke bahagian otak & merencatkan penerimaan otak untuk menjana pemikiran dengan seimbang. Bagi perokok pula, ianya meruntuhkan daya ketahanan badan yang melambatkan peredaran darah di dalam salur vena.
Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya anda ambil berat tentang gaya hidup anda. Sekiranya amalan anda kerap makan tidak mengikut waktu, segeralah kawal diet anda untuk makan mengikut tabiat yang baik serta pemakanan yang seimbang. Kurangkan juga pengambilan gula dalam minuman & lebihkan meminum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan keneutralan asid dalam badan. Ini kerana darah yang tidak mengalir dengan baik di dalam tubuh akan berkembang menjadi asid. Oleh itu, hidrasi yang baik akan meningkatkan keupayaan sistem peredaran darah.
Anda juga boleh cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 1 jam seminggu. Amalan ini boleh meningkatkan stamina & menguatkan otot. Otot yang sihat & kuat merupakan dasar kepada tubuh badan yang sihat. Ianya bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengekalkan berat badan yang optimum, malah turut membantu tubuh untuk menjana lebih banyak daya ketahanan dengan menyingkirkan toksin di dalam badan melalui perpeluhan. Tambahan pula, jika anda seorang perokok, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk berhenti merokok. Dengan sedikit usaha, masalah ketagihan kepada nikotin anda akan berkurangan & juga akan meningkatkan kembali kadar keupayaan badan melawan penyakit apabila tubuh anda mula bebas daripada asap rokok.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup yang sihat merupakan rawatan dan pencegahan yang utama bagi mengelakkan daripada angin lebih dalam badan. Sekiranya anda sayangkan kesihatan anda, segeralah berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.