Select Page

Keselematan Pulang Berhari Raya

Langkag-langkah Keselematan Pulang Ke Kampung Berhari Raya :

~ Pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat dari kebakaran sebelum ditinggalkan.

Pastikian semua sambungan peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti televisyen,seterika dan oven ditanggalkan dari soket.

~ Pastikan tiada barangan mudah terbakar diletakkan berhampiran atau bersentuhan dengan peti sejuk yang masih berfungsi dan injap gas memasak perlu ditanggalkan dari selinder gas.

~ Sila tinggalkan nombor telefon anda kepada jiran yang tidak pulang ke kampung, supaya mereka mudah dihubungi ketika berlaku sebarang kecemasan ke atas rumah anda.

~ Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

~ Jangan lupa sebelum memulakan perjalanan baca dulu ayat penggerak dan tawakal kepada Allah…Pandulah dgn sederhana jangan tergopoh gapah..Pandu cermat jiwa selamat..Ingatlah orang yang tersayang sedang menanti anda di kampung halaman..

Ayat@Doa Penggerak :

 

“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم “

Bismillahillazi La Yadhurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardi Wa la Fi’ Sama’i wahua Samiiun Aliim”

“Dengan nama Allah yg tidak memberi mudharat sesuatu di bumi jg di langit..Dan Maha mendengar lagi Maha mengetahui”

Ayat penggerak di atas dibaca 7x…

 

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

“Rabbanaa ‘alaika tawakkalnaa wa ilaika anabnaa wa ilaikal masiiru”

“Ya Tuhan kami,hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali”

Mudah-mudahan dengan anda melakukan langkah-langkah keselematan ini terpeliharalah diri,ahli keluarga,rumah dan kereta anda dari sebarang musibah..ameen..

Doa Ketika Memandu

Kami Di Minda Kini Mengucapkan Selamat Pulang Beraya Dan Selamat Hari Raya..

mindakini.com