Jurugambar Televisyen Istimewa

sui9l_83912225

Gambar di atas adalah seorang jurugambar televisyen.. Kenapa? tak percayee kee?. Takkan la budak lagi dah jadi jurugambar tv kan.

Sebenarnya dia bukan budak lagi..dah boleh jadi babak budak dah pun.

Mohamad Farouk Abu Hassan seorang pemuda kelahiran Dubai tapi berketurunan Palestin.Beliau lahir pada tahun 1988.Maknanya sekarang ni umurnya 25 tahun la kan..

Beliau tinggal bersama dengan keluarganya seramai 9 orang,5 lelaki dan 4 wanita.

Ketika adik-adiknya semakin membesar seperti manusia normal lain,namun keadaan Mohamad tetap sama,pembesaran beliau terbantut ketika berusia 12 tahun.Lantas ia dibawa berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa beliau mengidap ketidakseimbangan hormon.

Beliau telah menjalani pelbagai peringkat rawatan selama bertahun-tahun tetapi bukan rezekinya untuk pulih menjadi seorang insan normal sehingga beliau memutuskan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa menjalani rawatan lagi.Kini beliau merupakan seorang jurugambar di salah satu saluran televisyen di Dubai.

Mohamad berkongsi mengenai kepayahan yang dialami oleh beliau di dalam kehidupanya,antara lain masalah yang sering ia hadapi adalah kepayahan mendapatkan lesen memandu,sering ditahan oleh polis ketika memandu di jalan raya,ketika berhibur dengan rakan-rakanya dan ketika mencari kerja.

2545822956

Meskipun beliau menghadapi pelbagai kesusahan sebagai seorang pemuda yang berusia 25 tahun tetapi berbadan kanak-kanak berusia 12 tahun,namun beliau tetap optimis terhadap kerjayanya sebagai seorang jurugambar stasion tv.

Berkait soal hati dan perasaan,Mohamad tidak segan menceritakan yang beliau sudah ada seorang kekasih yang berusia 22 tahun dan hubungan mereka telah terjalin semenjak 8 tahun yang lalu.Katanya:”Saya mengagumi dia dan mencintainya dan sudah tentu saya memikirkan untuk hidup bersamanya apabila tiba masa yang sesuai”Katanya lagi walaupun tubuh badannya tidak lagi boleh berkembang tetapi cintanya terhadap kekasihnya akan tetap terus berkembang.

Ok tengok pula video di bawah:

Scroll to Top