JIKA TAK ADA PRODUK DAN TAK TAU NAK JUAL APA?
Baca perkongsian ni…
Walaupun ramai yang dah tahu apa dia bisnes affiliate, tapi saya yakin masih ramai lagi di luar sana yang belum tahu. Bisnes Affiliate ni saya sangat cadangkan buat teman-teman yang masih bekerja dan nak buat side income dari rumah.
Sebelum saya terangkan lebih detail mengenai bisnes affiliate, saya nak jelaskan apakah dia bisnes affiliate? Bisnes Affiliate adalah sebuah model bisnes yang dimulakan oleh Amazon Book eStore suatu ketika dulu.
Mereka menawarkan komisen kepada sesiapa yang berjaya menjual buku di eStore mereka secara atas talian.
Bermula dari situ, semakin lama semakin ramai yang meniru model perniagaan seperti itu iaitu menawarkan komisen kepada agen jualan mereka secara online.
Hinggalah ke saat ini perniagaan seperti itu telah menjadi begitu popular di seluruh dunia.
Di Malaysia, ada banyak kompani-kompani besar yang menawarkan bisnes affiliate ni kepada yang berminat mempromosikan produk mereka.
Lazada, Zalora, Shopee, dan lain-lain lagi kompani di Malaysia atau kompani luar yang ada di Malaysia yang menawarkan bisnes affiliate untuk produk mereka.
Beberapa tahun dahulu, Internet Marketer (IM) tempatan telah terlebih dulu mempopularkan bisnes affiliate. Mereka saling mempromosikan bisnes masing-masing dengan turut ‘turun padang’ menjadi agen affiliate kepada rakan-rakan IM yang lain.
Itulah antara faktor penyumbang terbesar kepada jualan produk digital ketika itu, hingga ada produk yang mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit ketika itu.
Tapi, malangnya ia gagal diikuti oleh sekelompok IM yang ‘baru nak up’ (IMBNU) ni. Saya tak faham mengapa? Mereka lebih suka ‘sendiri-sendiri’. Mungkin la…
Bayangkan setiap kali ada IM yang keluarkan produk digital, jualan keseluruhan yang mampu dicapai mencecah puluhan ribu ringgit paling kurang.
Sebagai contoh, jualan untuk satu produk yang dipromosikan untuk tempoh 3 minggu misalnya. Kata lah ada 20 agen affiliate yang mempunyai nama besar, otai dan sifu dalam dunia IM turun padang bantu mempromosikan.
Dalam tempoh 3 minggu, jualan mencecah contohnya RM50,000.
Biasanya komisen Affiliate adalah 50%.
RM50,000 jualan, separuh dari itu adalah untuk komisen agen affiliate yang berjaya buat sales.
So, maknanya bayaran untuk agen Affiliate adalah RM25,000. Untung bersih untuk IM yang mengeluarkan produk adalah RM25,000. Zasssss….masuk akaun terus beb.
Bersih! Takde tolak apa-apa lagi. (Sebab dah tolak bayaran agen 50%)
Itu owner produk. Jika agen produk pula biasanya akan diberi komisen yang adil seperti 50% per jualan misalnya.
Jika anda berjaya jual 1 produk dari link yang anda promosikan, bermakna anda berjaya dapat komisen 50% dari harga jualan produk.
Bagaimana jika anda nak dapat pendapatan tambahan sebanyak RM3000 setiap bulan?
Katalah harga produk RM100 / unit
Anda kena jual produk sebanyak 60 unit. Barulah anda akan dapat income sebanayk RM3000. (Saya akan pergi lebih detail dalam Siri 2)
Kesimpulannya, bisnes Affiliate adalah, anda mempromosikan produk orang lain melalui link khas yang diberi kepada anda melalui akaun khas anda setelah anda daftar secara percuma.
Sama lebih kurang macam bisnes dropship, tapi bisnes dropship untuk produk fizikal, bisnes affiliate adalah lebih kepada produk digital. Contohnya seperti software, ebook, video, audio, dan lain-lain.
Inilah bisnes simple dan mudah tanpa kos yang anda boleh lakukan dari rumah.
Inilah bisnes yang paling tepat dan sesuai untuk anda yang masih bekerja makan gaji.
Hanya dari rumah, depan anak-anak, tanpa keluar rumah, dengan sedikit waktu sehari, Bisnes Affiliate adalah cadangan saya pada anda.
Next artikel, saya akan terangkan pula bagaimana nak memulakan Bisnes Affiliate.