Select Page


susu ibu

Dulu ketika dibangku sekolah saya pun musykil dengan masalah ini sebenarnya..Pernah saya tegur kakak ipar kerana menyusukan anaknya yang usia sudah lebih dari 2 tahun..Bila dia kata kenapa tak boleh pula doktor pun galakkan..saya pun senyap je laa sebab time tu memang tak pasti lagi status hukum berkenaan masalah ini..
cuma agak-agak je hukumnya haram berdasarkan ayat 233 surah al-Baqarah..

Tapi bila dah belajar ke peringkat yang agak lebih tinggi baru la tahu rupanya tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun..Pesan saya kalau nak belajar ilmu agama ni,kenalah berguru..Membaca dan mengkaji tu memanglah bagus tapi sebaiknya kita perlu rujuk kepada ahlinya(ustaz\zah),lebih-lagi berkaitan dengan ayat al-Quran dan potongan hadis-hadis Nabi s.a.w,jangan tafsir atau keluarkan hukum ikut akal(kefahaman) sendiri..Perlu(wajib)baca apa tafsiran ulama berkaitan ayat tersebut dan apakah ijtihad Ulama mujtahid berkaitan masalah tesebut..Jangan jadi macam saya dulu,jumpa ayat 233 surah al-Baqarah terus jadi “mujtahid jadi-jadian” menyusukan anak lebih 2 tahun itu haram:))

Baiklah mari kita perhatikan ayat 233 surah al-Baqarah serta terjemahan ayat dan tafsiran ulama berkenaan ayat tersebut..

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun,bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan”

Al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut),boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri.”

Kata Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

Firman Allah:

حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” menunjukkan inilah sempurnanya penyususan..Adapun setelah dua tahun maka sama saja seperti makanan biasa”

Kesimpulan:Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya..