Select Page

Anjing

Hukum Memelihara Anjing Tanpa Sebarang Keperluan:

Menurut al imam Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi s.a.w ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan.

Dalil-Dalil Larangan:

1. Mengurangkan pahala.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan,maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari”

(Muttafaq ‘Alaih)

*satu qirot bersamaan besarnya Bukit Uhud

2. Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar”

(Muttafaqu ‘alaih)

Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w..Setelah sekian lama menanti,Jibril as tidak juga muncul.

Lalu Rasulullah saw pun keluar,dan baginda menemui Jibril di luar.Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya.Jibril menjelaskan dengan berkata: “Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. (Hadis Riwayat Muslim).

3. Anjing adalah najis mughalazah(najis berat).

Menurut jumhur Fuqaha’,anjing adalah najis mughallazah.Ia berdasarkan perintah Rasulullah s.a.w agar membasuh bekas yang dijilat anjing sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah.

Mengapa Malaikat Tidak Memasuki Rumah Yang Di Dalamnya Terdapat Anjing?

Imam al-Qurtubi berkata : “Telah terjadi ikhtilaf di antara para ulama tentang sebab -sebab Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa anjing itu najis,dan ada pula yang mengatakan bahawa ada anjing yang diserupai oleh syaitan. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing itu ialah malaikat tertentu sahaja seperti Malaikat Jibril dan Malaikat Rahmat.

Manakala malaikat-malaikat lain tetap akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing. Ini kerana terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana- mana bersama anak Adam,khususnya Raqib dan ‘Atid yang mencatat segala amalan manusia.

Apatah lagi malaikat maut,akan masuk mana-mana rumah untuk mencabut nyawa penghuninya yang sudah sampai waktu ajalnya.

Manakala al Hafiz Ibnu Hajar dalam al-Fath al-Bari pula berkata :

“Ungkapan malaikat tidak akan memasuki rumah ….” menunjukkan malaikat secara umum(malaikat rahmat,malaikat hafazah,dan malaikat lainnya)”.

Akan tetapi pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Wadhdhah,Imam Al-Khatabi,dan yang lainnya mengatakan : “Kecuali malaikat hafazah,mereka tetap memasuki rumah setiap orang kerana tugas mereka adalah mendampingi manusia sehingga tidak pernah berpisah sedetik pun dengan manusia. Sedangkan yang dimaksud dengan malaikat (yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing) ialah malaikat Rahmat (yang suka memohon keampunan untuk manusia) bukan malaikat hafazhah yang menjaga manusia.(Lihat Sharah Shahih Muslim 14/94).

Kesimpulannya: Islam melarang memelihara anjing tanpa sebarang keperluan.

Isu seorang jurulatih anjing Muslim,Maznah Mohd Yusof yang membuat video membersihkan anjing seumpama berwudhu,dan membawa anjingnya bersiar-siar sambil berlatarbelakangkan lagu Hari Raya masih lagi belum reda..tengah panas lagi..Ada pula lagi manusia yang mengupload gambar bersama seekor anjing di dalam rumah..Tak paham sungguh apalah motif orang ni?tak kan dia tak tau benda ni sensitive..saja mencabar atau memang jahil.huhu Ucapan yang tertera pada gambar ialah:

Wanita Bela Anjing

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA, Maaf Dzahir Batin.

– Dari August Alkalb The HalalDog dan Julie the cat.bela anjing

Komen Ustaz Mohd Kazim Elias Video Maznah Mohd Yusof:

“Nak bela anjing kena ada sebab,memanglah boleh bela tapi ada sebab-sebab yang dibenarkan syarak itupun bukan boleh bela sampai tinggal dalam rumah..ini sampai ada kes takbir raya sebagai lagu latar belakang video dok beraya dengan anjing ni apahal..?Yang lebih hairan ada pulak puak-puak yang mengaku Islam dok sokong pulak”

 Hukum Orang Islam Bela Anjing – Ustaz Azhar Idrus: