Select Page

patung tokong

Patung yang dijadikan sembahan adalah patung yang dicipta untuk dijadikan tuhan oleh sebahagian manusia yang jahil.

Adapun patung yang diagongkan ialah patung pemimpin atau orang-orang yang terkenal yang dicipta untuk dipuja,diagongkan dan dibesarkan.Patung ini tidak kira yang sempurna atau tidak sempurna seperti patong yang dicipta separuh sahaja untuk diagongkan.

Hukum :

Sepakat Ulama mencipta patung untuk dijadikan sembahan atau untuk diagongkan adalah haram.

Dalil Pengharaman:

Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya:”Sesunguhnya manusia yang mendapat azab yang paling dahsyat pada hari kiamat ialah mereka yang mebuat patung”

(Riwayat Bukhari&Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang mencipta patung-patung ini akan diazab pada hari kiamat serta dikatakan kepada mereka “hidupkan apa yang kamu ciptakan”

(Riwayat Bukhari&Muslim)

Hikmah Dan Sebab Pengharaman:

1.Mencipta patung untuk disembah adalah perbuatan kufur sekalipun penciptanya tidak menyembahnya.

Kata imam at Tabari:”…Siapa yang membentuk sesuatu untuk disembah selain dari Allah serta dia mengetahui perkara tersebut dan sengaja dia melakukannya maka dia dihukum kafir”(Rujuk:Fathul Bari 4\2670)

2.Ianya termasuk dalam menolong terhadap perbuatan yang jahat yang dilarang oleh Allah.Walaupun dia cuma membuat patung tanpa menyembah patung itu atau mengagongkannya tapi dia telah membantu penyembah-penyembah patung.

Firman Allah s.w.t :

Ertinya:”Janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan”

(surah al maidah:2)

3.Mencipta patung untuk diagongkan boleh membawa kepada patung tersebut disembah.Ini yang terjadi pada sebahagian umat terdahulu yang mencipta patung orang-orang soleh setelah kematiannya dan mereka beribadah mengadapnya supaya menaikkan semangat mereka beribadah kepada Allah.

Firman Allah s.w.t:

Ertinya:”Dan mereka berkata”Jangan sekali kali kamu meninggalkan(penyembahan)tuhan-tuhan kamu dan jangan sekali kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd,dan jangan pula Suwa’a,Yanghuth,Ya’uq dan nasr”

Tha’labi menyebutkan daripada Ibnu Abas r.a dalam mentafsirkan ayat ini beliau berkata:

“Patung-Patung ini adalah nama-nama orang soleh dari kalangan kaum Nuh ‘alaihis salam.Apabila mereka mati,Syaitan membisikkan kepada kaum mereka supaya mereka menegakkan patung-patung yang dinamakan dengan nama-nama orang soleh yang telah mati di dalam majlis-majlis yang mereka adakan agar mereka dapat mengingati orang-orang soleh tersebut.Maka mereka lakukan apa yang telah dibisikkan oleh Syaitan kepada mereka.Patung-patung itu tidak disembah sehingga mati generasi pertama,apabila ilmu mereka telah hilang maka patung-patung itu disembah oleh generasi-generasi berikutnya”