
Doa ini bagus diamalkan oleh kaum wanita samada dewasa atau kanak-kanak untuk mengelak dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan..
Amalkan ayat penggerak 3kali setiap kali selepas solat subuh dan 3kali setiap kali selepas maghrib..Baca juga 3 kali setiap kali nak keluar rumah..
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE ,WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Doa di atas(ayat penggerak) bersumberkan dari hadis Nabi s.a.w bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Abu Daud,4/323,At-Tirmidizi,5/465 dan Ahmad)
Amalkan juga doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri..
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA,WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu,dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku,maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”
(Riwayat Al-Bukhari)
Harap kaum wanita semuanya dapat hafaz dan amalkan doa ini selepas solat dan setiap kali nak keluar rumah..Tapi jagan amalkan doa ni saja sedangkan anda berpakaian menjolok mata..
terima kasih untuk do’anya sis.. layak diamalkan
tq for sharing…
Terimakasih,,doa nya akan saya amalkan dan sangat berguna sekali,,
Sebuah keinginan mulia untuk meyatukan sebuah hobi dan juga niatan ibadah, salam kenal bro
Doa yanh patut di amal bagi setiap wanita
orang perempuan memang kena tahu ni..
Bagus perkongsian ini..=)
Thanks share doa ni..moga dimanfaatkan…
bagi wanita elok sgt kena ambik tau semua ni…
doa adalah senjata umat islam
sama2 kita berdoa
terima kasih ats perkongsian ni..
Kaum wanita perlu mengamalkan doa nie
untuk kebaikan masa akan datang. bukan setakat seni pertahankan diri tapi ilmu di dada juga penting
mari kita amalkan ini doa 🙂
Tq for sharing. Pmpuan mmg kne amalkan doa ni,Sy pnh terkene sihir. dan ia sgt memalukan.
mohon untuk saya mengamalkannya yer , terima kasih ☺
Thanks for sharing, pastinya bermanfaat 🙂