Rumah tangga mana yang tidak ditimpa masalah sedangkan pantai ditimpa badai ombak.Pastinya rumah tangga ada pasang surutnya. Semua dugaan yang datang merupakan ujian daripada-Nya untk melihat kesabaran, kesungguhan dan tahap keimanan hamba-Nya dalam menghadapi ujian yang diberikan.
Jika anda sayangkan perkahwinan yang dibina, pastinya anda akan mencari jalan dan ikhtiar bagi mengatasi masalag yang dihadapi sebaik-baiknya. Jangan korban anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu dengan bercerai.
Ujian Allah kepada hamba-Nya datang dalam pelbagai bentuk, yang kaya mahupun miskin tidak lari daripada ujian-Nya. Jika hamba-Nya sabar maka syurgalah balasannya.
Diriwayatkan dariapda Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis Qudsi:
“TIdak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar).” – Hadis riwayat Imam Bukhari.
Untuk para isteri mahupun suami yang sabar dengan pasangan masing-masing ingagt hadis Nabi SAW ini. Jika rumahtangga anda dilanda badai dan taufan sebenarnya Allah sedang menguji kita sama ada kita sabar atau tidak menghadapinya atau bijak dalam mengatasi ujian tersebut.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila Allah kasihkan seseorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala untuk mendengar doa dan rayuannya“
Rumah tangga yang aman sejahtera boleh berubah menjadi ngeri oleh beberapa faktor. Antaranya :
- suami curang dengan wanita lain
- masalah suami yang suka berjudi, kaki minum dan mengabaikan tanggungjawab
- isteri yang curang
- suami yang panas baran atau isteri yang kuat membebel
Salam. sy ingin berkongsi cerita dan brtanya berkenaan prkhwinan krna zina. sy mengenali wanita n lelaki ini, dan mereka sudah brtunang ketika itu. Semasa mereka brnikah, si wanita sbnarnya telah mengandung beberapa bulan dan tiada siapa yg tahu krana perut si wanita tidak kelihatan seperti mengandung dan yg tahu hal trsebut hanya lah si lelaki, tunangan nya. 2 bulan selepas bernikah, si wanita melahirkan anak dgn cukup sifat dan cukup bulan, dan seluruh keluarga terkejut kerana bermakna anak mereka melahirkan anak luar nikah. Sy sndiri juga trkejut dan tak menyangka si wanita begitu pandai menyembunyikan bhawa dia mmg sarat mengandung sblum nikah. Soalan saya, apa pandangan ulama @ ahli agama mengenai hal ini? Memandangkn sekarang hubungan saya dan keluarga si wanita berkenaan sudah tidak baik kerana beberapa perkara, brdasarkan artikel sy trpukul utk memberitahu tentang status perkahwinan mereka tetapi mendapati agak sukar untuk saya memberitahu dan menegur berkenaan status perkahwinan mereka bhawa mereka skrg hidup dlm perkahwinan tidak sah kerana si lelaki bernikah dgn si wanita ketika si wanita sudah mengandung kerana sudah tidak baik dgn keluarga trsebut. Sekarang, anak luar nikah si wanita dan si lelaki tersebut sudah hampir berusia 2 tahun dan si lelaki dgn sewenang-wenangnya berBINkan anak lelaki tersebut dgn nama nya.
Adakah berdosa besar pada saya kerana membiarkan hal ini berlaku? Sy tak dapat menegur kerana hubungan sy dgn keluarga tersebut tidak lagi baik kerana byk perkara tidak elok dr segi agama yg di buat keluarga tersebut dan demi menjaga nama baik sy dan tidak mahu turut sama terpalit dosa @ bersubahat secara tidak langsung, sy memutuskan utk tidak lagi berhubungan dgn keluarga mereka. Saya takot di bebani dgn dosa kerana tidak menegur n memberitahu perkara ini.