Ketika kawan-kawan berbangga menceritakan pernah melakukan seks haram,anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina..Anda adalah manusia yang asing..sungguh pelik..
Ketika kawan-kawan memilih untuk terus melepak ditepi-tepi jalan biar pun mentari sudah sirna menuju mlm,anda memilih untuk menuju ke masjid..Anda adalah manusia yang asing..sungguh pelik..Ketika orang ramai selesa memakan apa sahaja yang di hadapan mata,tanpa perlu diambil kira halal haramnya,anda memilih untuk bersusah payah mencari yg halal di celah-celah syubhat&haram yang berleluasa..Anda adalah manusia yang asing..sungguh pelik..
Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dilam urusan perniagaan,anda memilih untuk mengelak darinya walaupun terlepas mendapatkan tander atau kontrak..Anda adalah manusia yang asing..sungguh pelik..Ketika orang mengatakan memakai tudung itu “kolot” kerana menentang arus kemodenan,anda tetap membungkus tubuh dgn pakaian yang menyembunyikan anggota..Anda adalah manusia yang asing..sungguh pelik..
Ketika anda mengamalkan sunah-sunnah Nabi yang telah dilupakan umat,masyarakat memandang sinis kepada anda…Anda adalah manusia yg asing..sungguh pelik..BERUNTUNGLAH KAMU WAHAI ORANG-ORANG YANG DIPANDANG ASING..
Nabi bersabda ertinya:Islam bermula sebagai sesuatu yg dianggap asing dan ganjil.Dan ia akn kembali sebagaimana permulaannya,dianggap asing dan ganjil.Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil-Hadith Muslim-