< Terkini Isu Semasa Mesir >
Antara Perkara Yang Dipersetujui :
1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.
2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.
3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.
4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 50 billion setahun.
5) Polis telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi
6) Mereka menyekat kebebasan bersuara.
7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan huriyyah wal adalah dan ikhwan muslimin.Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.
9) Syeikh Al-Azhar dan pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi,untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.
10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Mesir.
Muhammad bin Naif bin Abd Aziz,menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir,dengan rampasan kuasa ini.Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir,dalam masa yang sama,separuh dari duit ini,akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)