Amalan Ziarah Dan Kelebihan

Amalan Ziarah - Gambar Hiasan
Amalan Ziarah – Gambar Hiasan

Kelebihan Ziarah

  • Dijauhkan dari neraka sepanjang 70 tahun perjalanan

(Abu Dawud)

  • Apabila menziarahi dipagi hari maka 70000 malaikat akan mendoakan maghfirah untuk orang yang berziarah sampai ke petang dan jika menziarahinya di petang hari maka 70000 akan mendoakan magrifah sampai pagi hari .
  • Disunatkan berwuduk dulu sebelum menziarahi orang sakit

( Abu Dawud)

  • Menziarahi orang sakit hendaklah dengan hati ikhlas kerana Allah. Jangan menziarahi kerana mengharap sesuatu selain Allah baik kerana jabatan (bos sakit) ataupun berasa tidak senang pada keluarga yang sakit
  • Dianjurkan menjeguk orang sakit dengan berjalan kaki . Apabila menjeguk orang sakit biasanya Rasulullah tidak mengenderai unta atau keldai (Bukhari , Tirmizi , Abu Dawud)

* tidak mengapa berkenderaan bila keadaan tidak memungkinkan

  • Doa orang sakit adalah  bagaikan doa malaikat ( Ibnu Madjah)

Amalan Ziarah

  • Boleh menziarahi orang bukan Islam yang sakit

( Bukhari , Nasai , Abu Dawud)* tujuan dakwah disertai akhlak yang baik

  • Bolah menziarahi orang sakit berkali-kali . Rasulullah kadang-kadang menziarahi orang yang sakit lebih dari sekali

(Bukhari, Muslim , Nasai)

  • Sunat membuat makanan dan membawanya untuk yang sakit dan keluarganya (Tirmizi , Ibnu Majah )

* sangat dianjurkan membantu orang yang ditimpa musibah , hal ini mempereratkan hubungan silaturahim . Apabila kita ditimpa musibah mereka akan menolong kita walupun kita tidak mengharapnya

  • Jika sedang menziarahi  , kemudian tiba waktu solat maka sebaiknya solat dengan jemaah (  Bukhari )

* jika memungkinkan solat jemaah dilakukan dengan yang sakit walaupun dia solat di atas katil atau berbaring

  • Yang menziarahi hendaklah mengucapkan kepada yang sakit

“ Tidak apa-apa .InsyaAllah yang kamu alami adalah membersihkan jiwamu “ (Bukhari) * menghibur dan mendoakan

  • Boleh membawa anak sakit kepada orang soleh , ulama , ataupun wali Allah untuk didoakan  (Bukhari) * moga disembuhkan Allah
  • Membawa hadiah
  • Kunjungan singkat sahaja
  • Beri kegembiraan dengan keutamaan-keutamaan sakit
  • Berikan kata-kata semangar dan jangan mengatakan hal-hal yang menyebabkan putus asa ( Tirmizi)
  • Di hadapan orang sakit ucapkan “ Jangan takut jika Allah mengkehendaki sakit anda menjadi kifarah atas dosa-dosa “ (Tirmizi)
  • Jika keadaan memungkinkan sebaiknya membawa hadiah dan jika diperlukan bantulah dalam kewangan sebagaimana sabda nabi orang yang terbaik ialah orang membawa manfaat bagi sesama manusia
  • Mintalah orang sakit berdoa (Baihaqi)

RAWATAN

  • Disunat mendoakan kesembuhan bagi si sakit ( Bukhari)
  • Doa “ Hilangnya penderitaan  wahai tuhan manusia sembuhkanlah kerana Engkaulah zat yang menyembuhkan . Tidak ada penyembuhan kecuali penyembuhanMu . Penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit “
  • Disunatkan membaca surah yasin kepada yang sakit jika  sudah terlalu parah . Surah Yasin boleh dijadikan sebagai penyembuh bila dibaca ke atas orang yang sakit

(Nasai , Ibnu Majah , Abu Dawud)

  • Sebaiknya duduk dekat dengan pesakit dengan menyatakan kesedihan kita atas musibah yang menimpanya

* tidak baik menziarahi orang yang sakit dengan menampakan rasa senang atas sakit yang dideritainya atau tidak ambil peduli dengan sakitnya . Ketika menziarahi jangan lupa menasihati yang sakt agar bersabar alam menghadapi penderitaannya

(Bukhari , Muslim , Nasai)

  • Sunat meletakkan tangan di dahi orang yang sakit sambil mendoakan kesembuhannya (Bukhari)
  • Berdoa “ Aku memohonkepada Allah Yang Maha Agung , Rab penguasa arasy yang agung semoga Dia menyembuhkanmu”
  • “ Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung , tuhan (pemilik) Arasy yang agung agar Dia menyembuhkanmu “

* apabila melihat orang sakit dan mendoakan 7 kali moga akan sembuh  kecuali penyakit yang menyebab kematian

  • Barangsiapa membaca doa “ Segala puju bagi Allah yang telah memberi afiat kepadaku dari ujian yang telah Allah timpakan kepadamu dan telah memberi keutamaan kepadaku atas kebayakkan dari orang yang telah Engkau ciptakan “

JANGAN

  • Jangan menimbulkan masalah pada orang sakit . Si sakit berhak mengusir orang yang menziarahinya bila –bila masa bila dia tidak menyukai kedatangannya (Bukhari)
  • Jangan memaksa orang sakit untuk makan dan minum

HARAM

  • Adala haram inuk membuat ta’wiidz yang vertentangan syariat misalnya tawaiidz untuk menimblkan perpecahan antara suami isteri . Demikian pula guna-guna (tenung) adalah haram dan bertentangan dengan sunnah (Miskat)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top