Select Page

pasar

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah.Ketika itu ekonomi di Madinah dikuasai oleh orang-orang yahudi.Mereka melakukan kezaliman di dalam urusan jual beli seperti mengenakan bunga yang tinggi selain menjual benda-benda yang diharamkan islam.Maka Rasulullah s.a.w mendirikan satu pasar khas buat kaum muslimin dan Nabi s.a.w memantau operasi jual beli yang berlaku di pasar.Rasulullah s.a.w juga mengajar kepada para sahabah tentang adab-adab di dalam pasar..

Adab-adab ketika berada di pasar dalam islam:

1.Disunatkan berzikir apabila masuk ke pasar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

“Barangsiapa masuk pasar lalu ia mengucapkan:“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah semata,tiada sekutu bagi-Nya.Bagi-Nya kerajaan,bagi-Nya segala pujian.Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati.Di tangan-Nya kebaikan.Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu,” nescaya Allah menuliskan baginya sejuta kebaikan dan menghapuskan darinya sejuta keburukan serta mengangkat derjatnya hingga sejuta derajat”

(HR. At-Tirmidzi,Ibnu Majah,Al-Hakim..Syaikh Al-Albani menyatakan,hadits tersebut hasan)

2.Jangan mengangkat suara kerana berbalah

Menurut hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam sohihnya,diriwayatkan sifat-safat Nabi s.a.w di dalam Taurat bahawa Nabi Muhammad itu seorang yang tidak berperangai buruk dan dia tidak berwatak kasar dan tidak berbalah di pasar dan Nabi Muhammad itu tidak membalas kejahatan dengan kejahatan yang serupa tetapi dia memaafkan dan mengampunkan..

3.Dilarang(haram) melakukan sumpah palsu kerana nak melariskan jualan

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Hindarilah banyak bersumpah di dalam berjual beli,sesungguhnya dengan bersumpah itu ia dapat melariskan jualan tapi ia menghapuskan barakah”

4.Dilarang(haram) menipu penlanggan

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Peniaga yang benar lagi amanah itu dia akan bersama dengan para Nabi-Nabi,siddiqin dan para syuhada'”

5.Dilarang(haram)melakukan transaksi riba

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”..Banyak lagi nas-nas yang melarang dari bermuamalah dengan riba..

6.Dilarang jual beli secara gharor

Gharor adalah jual beli barang yang tidak diketahui atau jualan barang yang tidak ada contoh,menjual hamba yang melarikan diri,menjual ikan yang masih dalam kolam dan menjual janin yang masih dalam perut.Demikian juga menjual sesuatu yang masih belum menjadi milikan sepenuhnya..Semua ini diharamkan oleh islam..