Select Page

images (4)

Rumah tangga mana yang tidak ditimpa masalah sedangkan pantai ditimpa badai ombak.Pastinya rumah tangga ada pasang surutnya. Semua dugaan yang datang merupakan ujian daripada-Nya untk melihat kesabaran, kesungguhan dan tahap keimanan hamba-Nya dalam menghadapi ujian yang diberikan.

Jika anda sayangkan perkahwinan yang dibina, pastinya anda akan mencari jalan dan ikhtiar bagi mengatasi masalag yang dihadapi sebaik-baiknya. Jangan korban anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu dengan bercerai.

Ujian Allah kepada hamba-Nya datang dalam pelbagai bentuk, yang kaya mahupun miskin tidak lari daripada ujian-Nya. Jika hamba-Nya sabar maka syurgalah balasannya.

Diriwayatkan dariapda Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah  SAW bersabda di dalam sebuah hadis Qudsi:

TIdak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar).” – Hadis riwayat Imam Bukhari. 

Untuk para isteri mahupun suami yang sabar dengan pasangan masing-masing ingagt hadis Nabi SAW ini. Jika rumahtangga anda dilanda badai dan taufan sebenarnya Allah sedang menguji kita sama ada kita sabar atau tidak menghadapinya atau bijak dalam mengatasi ujian tersebut.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila Allah kasihkan seseorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala untuk mendengar doa dan rayuannya

Rumah tangga yang aman sejahtera boleh berubah menjadi ngeri oleh beberapa faktor. Antaranya :

  • suami curang dengan wanita lain
  • masalah suami yang suka berjudi, kaki minum dan mengabaikan tanggungjawab
  • isteri yang curang
  • suami yang panas baran atau isteri yang kuat membebel