Disebabkan kenalan saya insya Allah akan mengerjakan ibadat umrah maka saya pun terasa nak kongsi sedikit berkaitan Umrah..
Moga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat buat tetamu-tetamu mindakini.com yang tidak jemu-jemu menjenguk website yang baru tumbuh setahun jagung ini.
PENGERTIAN UMRAH:
Umrah diambil dari ‘itimar,yang bermaksud ziarah..Dari segi istilah Umrah bermaksud menziarahi Kaabah untuk beribadat kepada Allah dengan memenuhi syarat-syarat, rukun-rukun,dan wajib-wajibnya.
Ibadat Umrah ini berbeza dengan ibadah haji kerana Umrah dapat dilaksanan pada bila-bila masa sepanjang tahun,baik di dalam bulan haji atau sebelum mahupun sesudahnya.
HUKUM UMRAH MENGIKUT EMPAT MAZHAB:
Mazhab Abu Hanifah:sunat mu’akkad
Mazhab Maliki:sunat mu’akkad
Mazhab as-syafie: wajib
Mazhab Hanbali:wajib
Perbezaan pendapat ini berlaku kerana Ulama berbeza dalam memahami makna amar (kalimat perintah) dalam firman Allah SWT:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah : 196)
Mengenai bilangan Umrah,para ulama bersepakat mengatakan hukum wajibnya hanya sekali seumur hidup,seperti halnya denga ibadah haji.Tetapi,memperbanyakkan Umrah termasuk amalan yang sangat besar dan utama,lebih-lebih dalam bulan Ramadhan.
wallahu a’lam..