Select Page

pasar

Antara sunnah yang telah dilupakan atau diabaikan oleh ummah hari ini ialah berzikir apabila masuk ke pasar..

Dan zikir yang sabit dalam sunnah adalah seperti berikut:-

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ

“Barangsiapa masuk pasar lalu ia mengucapkan:

لا إِلَه إِلَّا اللَّه وَحْده لا شَرِيك لَهُ

“Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah

Tiada tuhan yang berhak untuk disembah kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya

لَهُ الْمُلْك وَلَهُ الْحَمْد

lahul mulku wa lahul hamdu

milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian

يُحْيِي وَيُمِيتُ،

yuhyii wa yumiit

Dialah yang menghidupkan dan mematikan

وَهُوَ حَيّ لا يَمُوت،

wa huwa hayyun laa yamuut

Dialah yang maha hidup dan tidak pernah mati

بِيَدِهِ الْخَيْرُ،

bi yadihil khoir

ditangan-Nyalah segala kebaikan

وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيْء قَدِير،

wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir

Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu

كَتَبَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

Maka Allah akan menuliskan baginya SATU JUTA kebaikan,menghapuskan darinya SATU JUTA kesalahan,dan meninggikannya SATU JUTA darjat

وفي رواية -: وبنى له بيتاً في الجنة

–Dalam riwayat lain ditambah -: “dan dibangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”

Subhanallah.. Besar sungguh ganjaran yang ditawarkan kepada kita..

Jom kita amalkan..