Kita selalu sahaja menyebut perkataan “seni”, ianya seringkali kita dengari dan pelajari sejak dari bangku sekolah, di kolej, di universiti dan di mana-mana sahaja, ianya seolah-o1ah telah sebati dalam diri kita. Contohnya dengan menyebut seni lukis, seni rupa, seni tari, seni kaligrafi, seni foto, seni teater, seni filem, seni drama, seni lagu, seni tulis, seni tradisi, seni moden, seni Islam, seni khat dan sebagainya.Ianya merupakan suatu naluri yang wujud dan berkait rapat dengan kehidupan di sekeliling kita samada disedari atau tidak.
“Seni” atau dalam bahasa lnggerisnya disebut sebagai art ini sebenarnya sudah diguna kan sejak beratus tahun dulu, sama ada dengan definisi-definisi yang tertentu, penghasilan-penghasilan karya yang tertentu, juga sama ada dengan aprisiasi-aprisiasi yang tertentu dan pengajaran-pengajaran yang tertentu.
Perkataan “seni” acapkali dihubungkan dengan perkataan “halus”, “indah”, “murni”, “menarik”, “cantik”. Ianya juga selalu dihubungkan dengan perkataan “luar biasa” “abstrak”, “melampaui jangkauan fikir”, “ajaib”, “ghaib”, “karya penulisan” dan sebagainya. Semuanya ini berhubung secara intim dengan bakat serta kewujudannya sendiri yang berkaitan dan berhubungan dengan material, mental dan spiritual (kebendaan, pemikiran dan kerohanian) yang mana ianya merupakan manifestasi dari pengalaman, ke intelektualan, kebijaksanaan dan kerohanian individu yang berbeza dari segi tingkat pengalaman, penglibatan, kerohanian, minat dan keintelektualan individu itu sendiri.
Ianya juga mem punyai pengertian yang meluas sebagai contohnya setiap manusia memakai pakaian dan pemakaian ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai seni iaitu contohnya untuk memelihara keindahan agama, pemakanan yang dimakanjuga mempunyai motif yang sama iaitu makanan yang dimakan haruslah bersih, halal dan sebagainya yang mana ianya merupakan suatu kesenian semulajadi yang wujud di bersekitaran kita.
“Arca”atau dalam bahasa inggeris yang disebut sebagai statue atau image pula membawa maksud “patung yang menyerupai sesuatu”, “bayang-bayang, imaginasi atau gambaran dalam fikiran seseorang” yang dihasilkan di dalam sesebuah karya sastera contohnya. Ianya juga didefinisikan sebagai “gambar dan juga bayangan yang boleh dilihat di dalam cermin atau kanta kamera”.
Secara konklusinya di sini dapat kita fahami bahawa Seni Arca merupakan suatu keindahan, kehalusan serta keunikan sesuatu arca samada realiti atau imaginasi yang terhasil dari abstrak fikiran individu ataupun sesuatu objek seperti cermin atau melelui kanta kamera.
Namun yang demikian, sejauh manakah kesenian ini menepati tuntutan semasa serta pandangan Islam dan ulama’ masa kini? Sebagai contoh, hukum fotografi serta menyimpan gambar manusia seperti artis, tokoh, kekasih, gambar haiwan dan sebagainya. Terdapat beberapa tuntutan serta aturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Seorang mufti Mesir pada masa lalu, iaitu Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi’i di dalam risalahnya yang berjudul “Al Jawabul Kaafi fi Ibahaatit Taswiiril Futughraff’ berpendapat bahawa fotografi itu hukumnya harus. Pendapat beliau bahwa pada hakikatnya fotografi itu tidak termasuk dalam aktiviti mencipta sebagaimana yang disebut dengan perkataan “yakhluqu kakhalqi” (menciptakan seperti ciptaanKu…), tetapi ianya hanyalah satu kaedah menahan bayangan atau diistilahkan dengan “pemantulan,” sebagaimana pengistilahan fotografer (tukang foto) dengan sebutan “akkas” (tukang memantulkan) oleh segelintirnya, kerana hanya memantulkan bayangan seperti cermin dan proses ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemahat patung serta pelukis dan fatwa ulama’ ini telah pun dipersetujui oleh kebanyakan ulama’.
Hukum fotografi ini tidak terlarang dengan syarat selagi mana objeknya adalah halal dan tidak melanggar batasan atau aturan yang telah ditetapkan oleh Islam, begitu juga dengan hukum arca-arca yang Iain di mana ianya memerlukan pada penelitian dari setiap aspek dan sudut, pandangan ulama’ dan tuntutan semasa tanpa mengabaikan larangan serta batasan yang telah ditetapkan oleh agama.
Hukum fotografi ini tidak terlarang dengan syarat selagi mana objeknya adalah halal dan tidak melanggar batasan atau aturan yang telah ditetapkan oleh Islam.