يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
“Wahai orang-orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datangnya RAMADHAN dibuka segala pintu2 syurga..ditutup segala pintu-pintu neraka dan diikat segala syaitan”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
<Pesan Ustaz Roslan Mohamed Sempena Ramadhan al Mubarak>
“Ada 4 Golongan yang hadapi Ramadhan:
1.Golongan yang rindukan Ramadan untuk beroleh nikmat pahala dan redha Allah di sepanjang Ramadan.
2.Golongan yang rindukan Ramadan kerana peluang berniaga yang akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda.
3.Golongan yang bimbang dan takut bila datangnya Ramadan kerana ia bulan berlapar dan berdahaga.
4.Golongan yang tidak peduli dan ambil cakna tentang bulan dan hari-hari dalam kehidupannya sama saja baginya sama ada bulan Ramadan,bulan Muharram atau hari apa sahaja..
Jadilah kita golongan pertama yang amat merindui Ramadan sebagai bulan menjadikan kita semakin bertaqwa kepada Allah swt..