Penjara Guantanamo terletak di sebuah teluk yang menghadap ke lautan Caribian di negara Cuba,Amerika Latin..
Ketika Cuba dijajah oleh Sepanyol,mereka berjuang melawan penjajah sehinggalah AS tampil menghulurkan tangan..Dengan bantuan AS itu maka pada tahun 1903 Cuba berjaya mengusir penjajahan Sepanyol..
Tetapi segala bantuan itu bukan dilakukan secara percuma.Sebagai membalas budi dan jasa,AS dibenarkan menyewa Guantanamo.Bayarnya sangat murah,2000 koin emas setiap tahun (senilai 4000 dolar Amerika).Sejak saat itulah,Guantanamo berada di bawah pengurusan AS sehingga sekarang..Pada tahun 2002,kerajaan AS membangun penjara di sana..Penjara ini dikhususkan bagi orang-orang yang dituduh oleh AS sebagai teroris dari anggota Al-Qaida dan Taliban.
Penjara Guantanamo sebenarnya adalah sebuah penjara tentera
.Ini kerana Teluk Guantanamo yang disewa oleh AS dari Cuba itu dijadikan sebagai Pangkalan Tentera Laut AS..Cuba dibawah pemerintahan Fidel Castro menentang kehadiran pangkalan tentera laut dan mendakwa penyewaan ini tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa tapi kerajaan A.S. mendakwa bahawa penyewaan ini adalah sah.perjanjian cuba-AS berlaku sebelum beliau memegang tampuk pemerintahan..
Cuba adalah sebuah negara yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat..Anti Amerika
Syarikat tapi di negara mereka itulah terletaknya salah satu Pangkalan Tentera Laut AS,yang mana di dalam pangkalan tersebut wujudnya penjara kontroversi di peringkat antarabangsa,penjara yang paling kejam di dunia(mereka tidak diberi proses pengadilan dan disiksa dengan kejam)
Tengok pula keadaan dalam penjara
Mungkin bila anda lihat gambar-gambar di atas rasa macam sama saja seperti penjara-penjara lain siap disediakan bilik bacaan buku-buku ilmiah termasuklah buku-buku agama dan majalah-majalah lagi..Tapi tahukah anda apakah bentuk siksaan yang dikenakan ke atas tahanan dalam penjara Guantanamo ini?
Terdapat banduan yang dibebaskan pada bulan Ogos tahun 2007 dalam keadaan buta dan menjadi saksi hidup peristiwa keji di penjara yang juga popular dengan nama “Gitmo” itu. Antara lain, seorang tentera menembak dan membenamkan banduan dalam air. Malah penghinaan juga dilakukan terhadap keyakinan agama para tahanan dengan membuang mushaf al-Quran ke dalam tandas. Saksi hidup yang telah buta itu juga pernah melihat seorang tawanan yang bernama Abdul Malik dari Itali diseksa hingga mati.
Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran,bekas tahanan Guantanamo yang berasal dari Pakistan,Abdurahim mempunyai cerita. Menurutnya, penghinaan terhadap mushaf al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.
“Penghinaan terhadap al-Quran dilakukan secara rutin,khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber. Wawancara ini pernah disiarkan oleh Al- Jazeera (17/5/2005).
“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah,memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka untuk mengerjakan itu,” tambah Abdurahim.
Jumaah Al Dusari,tahanan yang berasal dari Bahrain juga mendapatkan seksaan fi zikal yang tidak kalah hebatnya. Rasul Shafiq, bekas tahanan di Kem Delta yang “berjiran” dengan bilik Jumaah menceritakan pengalamannya.
Melalui akhbar Newstandard (17/7/2007), Rasul bercerita mengenai tahanan no. 261 itu. ”Smith (pengawal penjara) memegang kepalanya dengan satu tangan, sedang tangan yang lain dipukulkan berulang kali ke muka Jum’ah, hingga hidungnya patah. Lalu ia menghentamkan muka Jumaah ke lantai simen. Ada darah di mana-mana. Mereka lalu menyemburkan bilik tahanan dengan air. Kami semua melihatnya.”
Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentara AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan berbagai bentuk penghinaan. Ini dialami oleh Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi. CNN.Com (19/3/2006) menceritakan Qahthani dipaksa menggunakan bra (pakaian dalam wanita) dan dipaksa menari dengan seorang laki-laki.
Selain diseksa dan dimalukan, para penjaga penjara juga melayan mereka tidak ubahnya dengan seekor binatang. New York Times (29/7/2004) dalam satu artikelnya menceritakan kesaksian seorang agen FBI, “Di beberapa masa, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya yang berkedudukan seperti janin dalam perut.Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar. Dan dibiarkan di sana selama 18 atau 24 jam lebih.”
Hingga Mei 2008,masih terdapat 270 orang tahanan yang meringkuk di penjara Guantanamo, dan tidak diketahui bagaimana nasib mereka hingga kini..