Panduan memandikan bayi di bawah umur 10 minggu ini dikongsi oleh Dr.Zulkiflee Ismail yang merupakan Pakar Pediatrik.
Perkara Yang Perlu dilakukan oleh setiap ibu\bapa untuk memandikan bayi adalah seperti berikut:-
-Pilih masa yang sesuai untuk memandikan bayi
-Sebelum memandikan bayi anda,sediakan dahulu perkakas mandi selengkapnya agar mudah untuk dicapai ketika memandikan bayi
-Elakkan bayi daripada terdedah kepada keadaan Sejuk
Bayi yang baru lahir iaitu di bawah usia 10 minggu mudah menjadi sejuk atau dalam istilah perubatannya disebut sebagai hipotermia.Apabila ini berlaku,ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.Oleh itu rumah yang ada alat pendingin hawa,sebelum anda menanggalkan baju bayi anda,pastikan dahulu suhu bilik tidak terlalu sejuk.
-Selepas menanggalkan pakaian bayi segeralah balut badannya dengan tuala
-Mandikan bayi anda dalam posisi duduk
-Paras air di dalam bekas mandi bayi sebaik-baiknya setinggi lapan sentimeter,iaitu lebih kurang paras atas dada bayi.
-Isi air sejuk dulu dalam besen mandi kemudian baru masukan air panas
Tujuan memasukkan air sejuk sebelum air panas adalah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan akibat kecuaian.
-Uji suhu air terlebih dahulu dengan tapak tangan atau sudu
-Jangan terus rendam bayi dalam besen mandi
Anda perlu bersihkan dulu mata,muka serta leher bayi menggunakan kapas..Pastikan bahagian leher dan kelengkang bayi dicuci dengan betul kerana bahagian tersebut mudah dijangkiti kulat..Ketika membersihkan bahagian wajah bayi,ia mesti dilakukan dalam keadaan bayi anda masih berbalut tuala..Bila anda mensyampu rambutnya,bilas dan segera mengeringkannya dengan tuala yang bersih..Ini kerana suhu kepala yang menjadikan seluruh tubuh bayi sejuk.
-Bayi tidak boleh mengawal otot leher..Oleh itu sokongan tangan di belakang lehir bayi amat penting sementara sebelah tangan lagi membersihkan badan bayi
-Apabila selesai memandikan bayi,keluarkan bayi anda dari air dari bahagian kepala dan bahu dulu,satu tangan anda menyokong di bahagian punggung dan terus ke tuala dan balut..
You share interesting things here. I think that your page can go
viral easily, but you must give it initial boost and i know how to do
it, just type in google – mundillo traffic increase