Select Page

Mesir kini

Oleh: Tuan Abdul Latip @ Pak Latip

Bagaimana keadaan di Mesir sekarang?

Suasana semakin tegang. Kejadian jenayah sering berlaku terutama menjelang malam.

Di mana Dr. Morsi sekarang?

Ada laporan mengatakan beliau ditahan pihak tentera. Namun berita itu dinafikan banyak pihak termasuk Ikhwan Muslimin. Dr Morsi disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui sesiapa selain Pengawal Republik yang masih setia terhadapnya. Ini bermakna nasib Dr Morsi tidak sama seperti Sadam Husen, Muammar Ghadafi dan beberapa pemimpin lagi yang mana setelah digulingkan terus hilang kuasa malah ada yang dihukum bunuh.

Bagaimana sikap tentera Mesir?

Mereka terbahagi kepada dua, satu menyokong rampasan kuasa dan satu lagi masih setia terhadap Dr Morsi malah masih menganggapnya sebagai Ketua Angkatan Tentera Mesir. Pasukan tentera darat dikatakan masih setia dengan Dr Morsi. Tetapi pasukan tentera udara dan laut menyokong rampasan kuasa.

Bagaimana Dengan Ikhwan Muslimin?

Mereka tidak ada pilihan selain terus menentang atau jihad. Perjuangan mereka untuk menentang kekufuran yang sedang berusaha menghapuskan Islam dari Mesir. Ini kerana Ahmad Syafiq yang kalah bertanding jawatan Presiden Mesir pernah berkata, selepas Jun tidak ada lagi pemerintah Islam di Mesir.

Kenapa Ikhlwan Muslimin tidak mahu menyerah atau mengalah?

Pemerintah yang ada akan menghancurkan Ikhwan Muslimin mungkin lebih teruk dari zaman Gamel Abdul Nasir. Ini kerana mereka tidak mahu Islam memerintah Mesir. Ramai Ikhwan Muslimin akan ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh dengan pelbagai tuduhan. Jika itu berlaku Ikhwan Muslimin mengambil masa yang lama untuk bangkit semula.

Bukankah Ikhwan Muslimin boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang?

Mereka akan mengharamkan Ikhwan Muslimin dan tidak dibenarkan mereka bertanding dalam pilihan raya supaya yang menang golongan sekular yang anti Islam.

Apakah Ikhwan Muslimin masih ada harapan?

Tentera darat Mesir menyokong Dr Morsi.Rakyat Mesir juga semakin ramai yang menyebelahi Dr Morsi. Berita terbaharu,penduduk Sinai iaitu Arab Badwi juga dikatakan sudah menyebelahi Dr Morsi. Mereka sedang merancang untuk pergi ke Kaherah. Penduduk Sinai yang terdiri dari Arab Badwi terkenal kaum yang berhati kering tidak takut kepada sesiapa.

Bagaimana jika Ikhwan Muslimin menang?

Pemerintahan Islam akan berkuasa di Mesir. Undang-undang Islam dapat ditegakkan sepenuhnya. Kerana itu Perjuangan Ikhwan Muslimin sekarang ialah mempertahanakn Islam di Mesir dengan cara mengekalkan kembali Dr Morsi sebagai Presiden.

Selamat Berjuang…