Select Page

Azan Waktu Solah

Kelebihan Azan Dan Orang Yang Melaungkan Azan(Muazzin) Menurut Hadis-Hadis Nabi S.a.w :

1. Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal,dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi,maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba-lumba.

Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak.

(Hadis Sahih Bukhari)

2. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi.Setelah azan selesai,dia kembali lagi untuk menghasut.Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut.

(Hadis Sahih Muslim)

Hadis daripada Mu‘awiyah katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari kiamat.”

(Hadis Sahih Muslim)

* Maksud orang yang paling panjang lehernya di hari kiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak.

3. Nabi SAW bersabda:“Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu,kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Tangan (keredhaan Allah) yang bersifat Rahman di atas kepala muazzin dan muazzin diberi keampunan sejauh mana suaranya sampai kepada sekelian alam.

(Hadis riwayat Thabarani)

5. Daripada Abdillah bin Abbas berkata ia bahawasanya nabi s.a.w. telah bersabda ia barang siapa melaungkan azan selama tujuh tahun dengan niat mengharapkan pahala daripada Allah,maka ditulis baginya pelepasan daripada api neraka .

(Hadis riwayat tarmizi)

6. Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi SAW bersabda:”Seorang imam adalah penjamin dan muazzin adalah orang yang diamanahkan. Ya Allah,berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan

( Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

7. “Barangsiapa melaungkan azan selama dua belas tahun,maka wajiblah baginya syurga dan setiap hari ditulis enam puluh kebaikan kerana azannya dan tiga puluh kebaikan dari iqamatnya.”

(Riwayat ibnu majah)

MasyaAllah beruntungkan siapa yang menjadi Muazzin\bilal di masjid atau di surau.