Memakai gigi emas hukumnya haram dalam keadaan gigi yang asli masih elok tapi sengaja dicabut dan diganti dengan gigi palsu (emas).
Adapun jika memakai gigi emas kerana gigi asli telah rosak seperti berlubang atau tercabut maka hukumnya harus.
Sandaran hukum ini adalah berdasarkan dizaman Nabi s.a.w ada dikalangan sahabat yang terpotong hidung di dalam peperangan lantas Rasulullah s.a.w membenarkan sahabat tersebut menggunakan hidung emas..
Kesimpulannya,hukum asal memakai gigi emas adalah haram namun hukum haram itu boleh bertukar menjadi harus jika dalam keadaan darurat atau ada hajat seperti yang disebutkan di atas..
maksudnya tidak kitalah si pemakai itu sama ada lelaki atau perempuan.
Bukankah lelaki diharamkan memakai emas? ok dah faham, disebabkan darurat ianya jadi halal..
terima kasih 🙂
sama-sama:)))
sy dgr sblm sahabat tu pakai hidung palsu dari emas dia pakai dari jenis logam lain tetapi didapati xsesuai dan menyebabkan kecacatannya jadi lebih serius..betul x apa yg sy dgr tu..