Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Sebut saja tentang makan. Pasti semua orang akan suka bukan? Topik hari ini sedikit sebanyak akan mengulas tentang memakan sejenis haiwan mamalia yang bernama zirafah. Seperti yang kita semua sedia maklum. Zirafah merupakan haiwan mamalia yang berleher panjang dan memakan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan utamanya. Namun begitu, topik pada hari ini akan membincangkan tentang hukum memakan haiwan ini. Mungkin ramai yang mengenali zirafah, tetapi tidak ramai yang mengetahui secara terperinci mengenai haiwan ini.
Di dalam perkataan arab, ianya disebut sebagai zarafah atau zurafah. Ramai yang sangsi dan was-was mengenai hukum memakan haiwan ini. Melalui kitab al-A’jaib al-Makhlukhat melalui Al-Imam Al-Quzwini Rahimahullah ada menyebut tentang kelainan haiwan ini dimana apabila ianya perlu untuk memulakan langkah, ia akan memulakannya dengan kaki kiri terlebih dahulu berbeza dengan lain-lain haiwan berkaki empat. Menurut kitab Tarikh Ibn Khallikan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Utabi al-Basri al-Akhbari al-Sya’ir mengatakan bahawa zirafah adalah gabungan daripada 3 jenis haiwan iaitu unta betina liar, lembu betina dan dubuk jantan. Menurutnya lagi, apabila dubuk melakukan hubungan dengan unta betina liar, kemudian anaknya dilahirkan jantan dan melalukan hubungan dengan lembu betina maka lahirlah zirafah.
Namun Al-Jahiz tidak bersetuju dengan pendapat ini malah beliau mengatakan bahawa pendapat seperti itu hanyalah keluar daripada kejahilan yang melampau. Ini kerana Allah taala berhak untuk mencipta apa sahaja binatang seperti kuda , himar dan sebagainya.
Apa yang menjadi persoalan pada hari ini adalah hukum memakan haiwan ini. Pendapat pertama mengatakan bahawa hukum memakan Zirafah adalah haram. Ini seperti yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) di dalam Majmu’ Syarah Muhazzab dan al-Imam Abu Ishak al-Syirazi rahimahullah (wafat 467 H) di dalam al-Tanbih. Al-Imam al-Qadhi Abu al-Khattab al-Hanbali juga mengatakan bahawa zirafah haram dimakan. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ini kerana dikatakan zirafah adalah binatang yang dilahirkan hasil persetubuhan binatang yang halal dan haram dimakan. Ianya ditentukan dengan kaedah bilamana bergabungan halal dan haram maka wajib diharamkan bagi mengelakkan sebarang keraguan.
Namun, pendapat lain mengatakan bahawa hukum memakannya adalah halal. Menurut fatwa al-Syeikh Taqiyuddin Ibn Abi al-Dam al-Hamwi dan daripada nukilan melalui fatwa al-Qadhi Hussain al-Syafie. Al-Imam Ibn Rif’ah mengatakan bahawa pendapat ini yang muktabar seperti yang difatwakan juga oleh al-Imam al-Baghawi rahimahumullah.
Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa : Aku mengatakan bahawa ianya halal dimakan kerana ianya lebih mirip kepada binatang yang halal dimakan iaitu Unta dan Lembu. Maka ini dalil yang mengatakan bahawa ianya adalah halal dimakan. Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa ini berkemungkinan al-Imam al-Nawawi meletakkan hukum berdasarkan kepada penggunaan bahasa Arab terhadap binatang buas atau di sebut السباع . Maka bila al-Imam al-Nawawi mendengar bahawa Zirafah adalah termasuk di dalam haiwan jenis al-Siba’. Maka beliau mengatakan bahawa ia adalah haram dimakan. Mungkin juga al-Imam al-Nawawi tidak pernah melihat binatang yang bernama Zirafah ini.
Al-Imam al-Damiri rahimahullah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah harus untuk dimakan. Ini juga merupakan pendapat Mazhab al-Imam Ahmad dan al-Imam Malik serta al-Imam Abu Hanifah rahimahumullah.
entah apa rasa makan daging zirafah ni..
semoga blog ni dimurahkan rezekiii…aamiiin
amal singgah sini.. selamat malam…
jemput singgah blog amal
boleh saya tahu sumber artikal ini dari mana?
Selama ini tidak pernah terfikirkan mengenai hukum daging zarafah. namun selama masih ada makanan yang enak dimakan dan halal tentu jangan sampai memakan zarafah.