Select Page

Public domain image, royalty free stock photo from www.public-domain-image.comAssalamualaikum w.b.t ,

Topik hari ni mungkin agak pelik kepada para pembaca. Bukan sahaja dalam masyarakat kita, melayu malah masyarakat lain juga mungkin akan rasa agak aneh dengan topik yang bakal kita bincangkan pada hari ini. Tetapi, apa yang ingin difokuskan adalah hukum memakan daging tupai menurut Islam. Adakah ianya halal atau tidak ?

Dalam agama Islam, tidak ada dalil yang mengatakan ianya haram. Maka daging tupai adalah halal untuk dimakan. Hukum memakannya adalah harus kerana tupai tidak kategorikan sebagai binatang buas yang memakan daging binatang lain ataupun binatang yang suka akan kekotoran seperti khinzir. Tupai adalah haiwan yang memakan segala bentuk tumbuhan dan sayuran terutamanya buah-buahan. Oleh itu, ia tidak membahayakan kesihatan manusia jika dijadikan sebagai makanan.

Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119) Maksudnya “dziinaab” yakni binatang bertaring atau berkuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi.

Dalilnya adalah prinsip dasar hukum syariah Islam, bahawa “al-ashlu fi al-asy-yaa` al-ibaahah maa lam yarid dalil al-tahriim” (Hukum asal benda adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkan). Imam Asy-Syaukani menjelaskan kaedah tersebut pada bahagian akhir bab tentang makanan, buruan dan sembelihan dengan mengatakan,”Berbagai ayat dan hadis yang disebut pada awal bab ini menunjukkan bahawa hukum asal benda adalah halal (al-ashlu al-hill).

makan tupai,hukum makan tupai,rasa deging tupai

Tambahan pula, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di dalam ruangan soal jawab mereka, sebilangan besar ulama’ menghukum dan memfatwakan tupai sebagai binatang yang halal dimakan. Oleh itu, memakan daging tupai itu adalah halal dan tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tupai bukanlah binatang buas yang bertaring mahupun binatang yang hidup daripada dua alam seperti katak dan buaya.

Dalam soal jawab ini, jelaslah bahawa tiada dalil yang mengharamkannya samada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, hukumnya kembali kepada hukum mubah, yakni harus untuk dimakan.