Hukum Masuk Ke Dalam Rumah Yang Terdapat Patung Atau Gambar:
Ulama berbeza pendapat berkenaan masalah ini.Saya kongsikan pendapat dari Ulama-Ulama mazhab Syafie dan Ulama-Ulama mazhab Hanbali.
1. Mazhab as Syafie
Ulama dalam mazhab Syafie berbeza pendapat berkaitan hukum masuk ke dalam rumah yang terdapat patung atau gambar kepada dua pendapat:
a.Pendapat Pertama:Haram
Antara yang berpandangan haram adalah imam an-Nawawi dan kebanyakan Ulama Syafie yang lain.
Disebutkan di dalam kitab al Mughni oleh Ibnu Qudamah:
“Kebanyakan Ulama Syafie berkata:Apabila patung atau gambar berada di atas tirai atau tempat yang tidak dipijak maka haram masuk kerana Malaikat tidak akan memasukinya dan jikalau tidak haram maka pasti tidak boleh meninggalkan jemputan yang wajib disebabkan adanya patung atau gambar”
b.Pendapat Kedua:Makruh
Diantara yang mendokong pendapat ini ialah Imam Rafie,Imam Isnawi,Imam al Ghazali dan imam Syarbini telah mentarjihkan pendapat ini di dalam kitabnya Mughni Muhtaj.
Kata Imam Syarbini:”Dan ini pendapat yang rajih(kuat) seperti yang telah diputuskan oleh pengarang kitab an Nawar”(Rujuk:Mughni Muhtaj 3\315)
2. Mazhab Hanbali:
Mazhab Hanbali tidak mengharamkan sesiapa yang masuk ke dalam rumah yang ada patung atau gambar.
Kata Ibnu Qudamah:”Adapun masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada patung atau gambar maka ia tidak diharamkan”(Rujuk:al Mughni8\112)