Select Page

Tupai

Apabila sesuatu perkara yang tidak ada nas menyebutkan ia adalah harus atau haram maka untuk mengetahui status hukumnya Ulama mengguna pakai kaedah feqhiah:

“Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah(harus)”

Hukum makan binatang ternakan seperti lembu dan kambing itu jelas disebutkan di dalam nas halal.

Hukum makan babi,bangkai,darah,keldai itu semua jelas disebutkan di dalam nas haram.

Adapun memakan tupai ia termasuk sesuatu yang tidak ada nas yang menyebut harus(halal) dan tidak ada nas menyebutkan ia haram.

Maka ada 2 pendapat Ulama:

Yang paling sohih antara 2 pendapat adalah harus(halal dimakan)

Jadi kalau anda ada senapang,duduk pula di kampung boleh la tembak tupai pastu buat masak kicap atau goreng pun sodapp hehhe..tu pun kalau tak geli laa..kalau saya masak la apa pun dan hidanglah kat saya walaupun percuma tak nak saya hehhe..

Teringat saya dahulu Tok Guru Nik Aziz pernah sebut yang tupai ni halal di makan maka ada la manusia-manusia yang menggelarkan beliau ulama Tupai..eh apa dahh..

Kalau jahil hukum baik duk senyap-senyap jangan nak melebelkan ulama dengan label yang tidak sepatutnya.Kalau dah tahu hukumnya khilaf ulama maka raikan pendapat yang bercanggah dengan pendapat yang dipegang,jaga adab ikhtilaf dan jangan sampai menghina Ulama.

seperti mana perkara yang masyhur itu tidak semestinya benar,maka demikianlah juga perkara yang ghorib tidak semestinya haram..Soal geli dan tak lalu makan itu ia bukanlah dalil yang boleh menunjukkan sesuatu itu halal atau haram..Contoh Nabi s.a.w membenarkan para sahabat memakan dhob tapi baginda Nabi s.a.w tidak memakannya..