Select Page

Esom Eryan IkhwanDr Mursi Menerima Panggilan Telefon Dari Amerika Sebelum Rampasan Kuasa:

Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr.’Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera,Presiden Dr.Mursi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika,Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi.

Menurut Eryan yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat,panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi sendiri,memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama,Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.

Dalam temubual dengan “Al-Jazeera”,Dr.’Esom Eryan berkata,Beberapa hari sebelum berlaku rampasan kuasa tentera (pada 3 Julai),Duta Amerika di Kaherah telah bertemu dengan Dr.’Esom Haddad,Pembantu Presiden Mesir bagi Hal Ehwal Luar dan memaklumkan akan berlaku rampasan kuasa dalam masa terdekat.

Sumber:Ikhwanonline

Jelaslah bahawa apa yang berlaku di Mesir Amerikalah yang menjadi dalangnya..

Kata Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat:

“Kepada Amerika ingatlah,sehebat mana sekalipun kamu dalam mencaturi politik umat Islam Mesir,akan sampai ketikanya kamu pasti berdepan dengan kemusnahan. Lihatlah sebelum ini Rusia,salah satu kuasa besar dunia turut menjadi pencatur utama politik dunia, akhirnya Rusia tidak boleh gah lagi.Ia berpecah-belah setelah kebangkitan kuasa rakyat.

Begitu juga bumi Mesir sebelum ini,paling bersejarah dengan kekuasaan kerajaan Firaun,berjaya mencipta tamadun piramid dan kemakmuran Lembah Nil,tetapi sampai ketikanya Firaun turut kecundangan berdepan dengan kebenaran yang dipimpin oleh Nabi Musa”.