Menghafaz al Quran semenjak kecil itu sudah menajdi kebiasaan bagi para Ulama sejak zaman berzaman lagi.Kalau kita membaca biografi para Ulama kita akan mendapati mereka telah tamat hafazan al-Quran semenjak diusia 7,8,9 dan ada yang 10 tahun.
Saya kongsikan di bawah video yang Insya Allah akan membuatkan anda tidak mampu berkata-kata kecuali bertasbih dan memuji Allah..
http://www.youtube.com/watch?v=XFT0ZiQyss4
Kanak-kanak ini berusia 8 tahun dan seorang yang buta.Beliau mula menghafaz al Quran semenjak berusia 5 tahun dan telah berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran seusia 7 tahun..Subhanallah..Lebih mengagumkan lagi bila beliau mampu menghafaz al Quran dengan nombor-nombor ayatnya sekali.
Dalam video di atas pengacara majlis meminta beliau membaca ayat 50 surah al isra’ dan beliau dapat membacanya dengan tepat.Kemudian pengacara majlis meminta tetamu majlis mengemukakan soalan kepada kanak-kanak yang mulia ini.seorang dari hadirin meminta beliau membaca ayat 20 dari surah al kahfi dan beliau membaca dengan tepat..Kemudian sekali lagi pengacara meminta para hadirin untuk menyoal kanak-kanak istimewa tersebut..Seorang dari mereka meminta ia membaca ayat 28 dari surah an-nisa’ dan beliau membaca dengan baik.Selepas itu pengacara majlis meminta dikalngan hadirin membaca mana-mana ayat dan kanak-kanak bertuah tersebut akan menyebut surah dan nombor ayat dari ayat yang dibaca oleh hadirin itu dan beliau mampu menjawab dengan tepat..Allah Allah Allah…Hebatkan…
Pasti anda juga seperti saya,sangat-sangat kagum dengan beliau..yela mana tak kagumnya,dah la budak lagi,buta pula tu tapi sudah tamat hafazan siap dengan nombor-nombor dan surah-surah lagi..Subhanallah..Diakhir majlis tersebut dengan lantang beliau berwasiat kepada kita Agar Menghafaz al Quran..
Marilah kita berazam untuk menghafaz al Quran dan mari kita berusaha mendidik anak-anak kita agar menghafaz al Quran..Semoga Allah merezekikan kepada kita zuriat-zuriat yang celik al-Quran,yang mampu menghafaz al Quran seperti kanak-kanak istimewa tersebut..