Saya tak faham kak. Mengapa rumah tangga saya selalu bergoncang? Tenang sekejap, kemudian bergolak semula. Ada saja sebab yang mencetuskan pertengkaran saya dengan suami,” luah seorang isteri bernama N menerusi e-mel kepada saya. Membaca baris demi baris ayat Puan N, saya menangkap perasaan pedih dalam setiap luahan jiwanya. Saya cuba menelusuri setiap patah katanya bagi memahami sebab perbalahan yang berulang-ulang itu. “Sebenarnya, sejak awal perkahwinan saya melihat suami agak liat untuk solat berjemaah. Ke masjid sudahlah jarang-jarang
di rumah puia lebih selesa solat sendirian. Mula-mula mungkin kerana segan dia turutkan juga apabila saya mengajak solat bersama. Lama-kelamaan, suami saya semakin beralasan. Sudah banyak ikhtiar saya lakukan agar suami berubah termasuk berdoa kepada Tuhan, tetapi usaha saya sia-sia. Saya iri apabila melihat keluarga lain mementingkan nilai beragama dalam rumah tangga kerana saya mengimpikan kebahagiaan sebegitu. Suami saya seorang yang sibuk dengan perniagaannya. Wang bukan masalah dalamkehidupan kami, dan suami juga selalu
memberi saya hadiah berjenama. Namunsaya merasakan kehidupan kami tidaksempurna. Tolong beri saya nasinat…” Tatkala membaca baris-baris akhir ayattertera, saya bagai menemukan jawapan kepada persoalan yang ditanya. Saya
membacanya berkali-kali untuk mendapatkan kepastian. Terdapat dua sebab utama yang perlu diambil perhatian oleh Puan N dalam rangka usahanya menyelesaikan kemelut yang melanda. Soiusi masalah ini harus difokuskan kepada dua perkara; hati dan jiwa. Punca Masalah 1. Tidak Sejiwa Memang banyak masalah dalam hidup yang berlaku berpunca daripada orientasi hidup manusia. Apabila seseorang insan
menempatkan orientasi kehidupannya kepada dunia semata-mata bukan kepada akhirat, maka berlaku pula perubahan pelbagai aspek dalam hidupnya. Rumah tangga yang dimulai di hulu dengan penuh kesejukan berubah menjadi gersang dan hampa di muara. Justeru, kemungkinan sesebuah rumah tangga itu terlalu sukar untuk mewujudkan kefahaman serta toleransi kerana pertembungan orientasi hidup antara suamidengan isteri, menyebabkan kedua-duanya tidak serasi. Andai seorang cenderung memilih akhirat, manakala seorang lagi memilih dunia yang jelas memikat, bagaimana kedua-duanya dapat bersatu menuju matlamat? Rasuluilah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Bermula roh-roh itu berkelompok-kelompok, maka yang mana sesuai (sifat, akhlak dan tujuannya), maka roh-roh itu menjadi jinak (saling mencintai). Manakala jika (sifat, akhlak dan tujuannya) tidak sepadan, maka ia akan sating menjauh(bertelingkah).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud) Imam al-Nawawi mengemukakan pandangannya dalam Sharh Muslim: “Para ulama mengatakan, mereka ialah sekelompok manusia yang berkumpul atau manusia yang pelbagai dan berbeza. Roh-roh itu saling mengenali kerana suatu perkara iaitu Allah s.w.t. menciptakan roh-roh itu atasnya. Ada yang mengatakan kerana mereka dijadikan oleh Allah s.w.t. atas sifat yang sepadan dan tabiat bersesuaian. Ada yang mengatakan kerana mereka diciptakan bersama kemudian jasad mereka saling berpisah sehingga yang bersesuaian dengan tabiatnya, dia akanbersatu dengannya. Dan yang saling berjauhan tabiatnya maka dia akan ‘lari’ dan berselisih dengannya.” Ramai yang maklum dan turut merasai pengalaman wanita atau lelaki yang baikagamanya akan mencintai lelaki atau wanita
yang baik agamanya, manakala wanitaatau lelaki yang tidak baik akan mencintai lelaki atau wanita yang tidak baik. Sebaliknya, apabila pasangan atau salah seorang daripada kedua-duanya jauh daripada kehidupan bersama Tuhan, ini akan
menyebabkan perkahwinan terasa sempit,sering dipenuhi dukacita dan pergolakan yang tiada berkesudahan. Justeru, andai berlaku perkahwinan antara jiwa-jiwa yang tidak serasi ini, maka perselisihan akan kerap berlaku hinggakan
jika tidak diselia dengan bijaksana, perceraian akan menjadi titik noktah. 2. Berasa Mulia Ia lebih utama untuk direnungi oleh para isteri seperti Puan N kerana berpunca daripada hati yang sakit dan memerlukan
rawatan segera. Apabila merasakan diri lebih baik daripada orang lain kerana usahaketaatan yang dilakukan, maka jarum syaitan telah berjaya menusukkan racunmazmumahnya. Saya renungi pesanan Allah s.w.t. lewatfirman-Nya dalam surah Ali ‘Imran ayat 31yang bermaksud: “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku…”, mudah untuk lidah menuturkan, tetapi sukar mengamalkan kerana kebenaran itu bukan diukur pada perkataan semata-mata, tetapi lebih kepada amal perbuatan yang menjadi buktinya. Kebenaran yang disampaikan bersulam rasa “aku lebih baik, lebih berusaha atau lebih lain-Iain” seakan-‘akan menghimpit
keikhlasan dalam melakukan ketaatan.Dibimbangi ketidakikhlasan dan berasa diri lebih mulia menjadi hijab sampainya kebenaran. Sememangnya manusia beribadah, melaksanakan suruhan, meninggalkan larangan dan memanjatkan permohonan kepada Tuhan Yang Maha Kaya, dan meminta sesuatu berkaitan kehidupan di dunia ini kepadaNya. Tetapi, perkara yang selalu berlaku kerana banyak meminta namun berasa belum termakbul doanya menyebabkan limpahan nikmat lain tidak disyukuri, dan tidak pula bertaubat daripada dosa dan noda. Sebagai hamba yang benar-benar mengharapkan rahmat Tuhan, seharusnya ibadah, ketaatan dan doa yang dilaksanakan bukan bertujuan supaya ditunaikan segera. Tetapi, ia lebih kepada keperluan hamba untuk bersama RabNya dalam hidup. Belajar daripada Bayang-Bayang Oleh sebab itu, baik isteri atau suami berada pada kedudukan yang dinasihati atau menasihati, kedua-duanya perlu kembali
menjadi hamba Ilahi untuk menyatukan semula dua hati. Sebagai seorang yang perlu menasihati, suami bawalah istcri merenung keadaan orang yang mengejar urusan dunia dan meninggalkan akhirat. Ia tidak ubah seperti seseorang mengejar bayang-bayang dengan membelakangkan cahaya, pasti tidak akan berhasil mendapatkannya. Scbaliknya, jika dia membelakangkan bayang-bayang dan menghadapkan wajah kepada cahaya, pasti diamendapati bayang-bayang itu mengikutinya di setiap langkah menuju cahaya. Nasihat yang berhikmah melalui bicara yang sesuai dengan suasana, pasti melunakkan jiwanya kerana naluri beragama yang suci ada pada setiap jiwa. Ia hanya perlu digilap agar keccnderungan dan kecintaannya memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Inilah fitrah yang wujud ketika masih di alam roh dalam diri manusia. Fitrah dan roh saling berkait rapat antara satu sama lain. Seterusnya, roh pula bertindak sebagai rantaian yang menghubungkan nafsu, akal dan hati. Allah s.w.t. manegaskan dalam firmaNya yang bermaksud: “lngatlah ketika Tuhanmu mengambil janji daripada anak-anak Adam sejak azali dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri: ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini.”(Surah al-A‘raf 7: 172) Isteri sebagai orang yang dinasihati,insafilah bahawa seseorang yang berasalebih mulia, lebih baik, lebih taat, lebihberjasa, lebih baik dan seumpamanyahakikatnya sedang ditipu oleh syaitan durjana. Bukankah, semakin seseorang menghampiri cahaya mentari, semakin gelap bayang- bayangnya? Demikian perumpamaan orang yang semakin hampir kepada Tuhan. Kian dekat, kian terserlah dosa dan salah dirinya. Lantas dia memperbaiki diri tanpa rasa sombong dan bangga seterusnya mengajak insan tersayang bersamanya. Dia mengintai ke dalam jiwa, adakah ikhlas menjadi paksi tindakannya atau adaterselit maksud lain yang memungkinkan datangnya rasa ujub, riyak atau perasaan buruk lain sehingga nasihat yang sepatutnya membuahkan hasil yang manis bertukar menjadi kata-kata yang melukakan hati. Seorang insan yang sedar, faham dan tahu bahawa dirinya hanya seorang hamba akan sentiasa merendah diri dan tidak berbangga dengan usahanya. Andai kejayaan mengiringi selepas berusaha, maka kesyukuran dipanjatkan dengan ikhtiar yang lebih dilipatgandakan. Sebaliknya, jika masih belum menampakkan hasil yang diingini, dia bersabar dan berusaha kerana dia yakin hidayah milik Yang Maha Esa. Bayang-BayangmSeorang Hamba Saya menamatkan jawapan kepada Puan N dengan satu renungan buat diri saya sendiri: “Dalam rumah tangga, pandangan hidup yang banyak membantu kelangsungan perkahwinan adalah pandangan tawaduk iaitu saling meletakkan keadaan pasangan pada diri masing-masing untuk diperhati dan dihalusi. Justeru, sikap saling memahami, menasihati serta bertoleransi lebih mudah disuburkan. Suami yang lalai dalam ketaatan kepadaAllah dan isteri yang berasa Iebih taat danlebih baik daripada pasangan, sebenarnya sama dari sudut jiwa walau zahirnya terlihat berbeza. Kedua-duanya tidak lebih mulia lantanan kedua-duanya sedang melakukan dosa. Justeru itu, teruskan merenung bayang- bayang, kerana ia mengingatkan bahawa kita ini hanya hamba al-Rahman. firman Allah s.w.t., maksudnya: “Hanya kepada Allahlah sujud (patuh) segala apa yang ada di langit dan bumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayangnya pada waktu pagi dan petang.”(Surah al-Ra‘d 13: 15) Mari sama-sama bermuhasabah…