5 Puasa Syiah Vs Puasa Rasulullah :-
1. Bulan Ramadhan Bukan Bulan Istimewa :
Bagi Syiah,Ramadhan bukan bulan istimewa untuk beribadah.Suasana semarak ibadah di bulan Ramadhan,tidak seramai keghairahan mereka di bulan Muharram dan Sya’ban.Seolah-olah Syiah hendak mengumumkan ke penjuru alam bahawa bulan Ramadhan adalah bulan khusus untuk ahlus sunnah dan tidak ada yang istimewa bagi kami.
Bagi Syiah,Ramadhan memang bulan untuk berpuasa,namun bukanlah bulan untuk rajin beribadah..
Adapun bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,Ramadhan adalah bulan istimewa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih mendekatkan diri kepada Allah di bulan Ramadhan.Kata Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling pemurah.Lebih pemurah lagi pada saat bulan Ramadhan.Ketika Jibril menemui beliau.Jibril menemui beliau setiap malam di bulan Ramadhan,dan mengajari beliau Al-Quran.”
(HR. Bukhari 3554).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila masuk sepuluh terakhir ramadhan, beliau menghidupkan malamnya dengan ibadah, beliau membangunkan para isterinya, bersungguh-sungguh ibadah dan mengencangkan ikatan sarungnya. (HR. Muslim 1174).
Banyak lagi hadis-hadis sohih yang mnyebutkan tentang kelebihan Ramadhan..
2. wajib Berbuka Ketika Bermusafir :
Bagi Syiah,sesiapa yang bermusafir,puasanya batal.ertinya,dia wajib berbuka.Lebih ajaib lagi,hanya dengan melintasi jembatan yang memisahkan dua daerah,sudah dianggap safar dan wajib berbuka.
Menurut Dr.Thaha Ad-Dailami dalam buku beliau “Siyahah fi ‘Alam Tasyayyu”(Perjalanan di Negeri Syiah):“Orang Syiah terlalu menganggap mudah dalam memberikan uzur berbuka. Mereka mewajibkan berbuka untuk setiap safar dengan jarak paling dekat.Sebagai contoh,ada mahasisiwa yang hendak menjalani masa ujian.
Ulama mereka memfatwakan agar mahasiswa dan mahasiswi boleh melakukan safar dekat setiap hari ke derah yang dekat, jarak perjalanan pulang pergi ditotal menjadi jarak safar.Kemudian mereka boleh tidak berpuasa.”
Sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mewajibkan orang yang safar untuk berbuka puasa.Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu pernah ditanya,tentang hukum puasa Ramadhan ketika safar.Jawab Anas:
“Kami pernah safar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Ramadhan,orang yang puasa tidak mencela yang tidak puasa dan yang tidak puasa juga tidak mencela yang puasa,”
(HR. Muslim 1118).
Dalam riwayat lain,Anas mengatakan:“Kami pernah melakukan safar bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.Ada diantara kami yang puasa dan ada yang tidak puasa.” (HR. Muslim 1119).
3. Solat Terawih Adalah Bid’ah :
Bagi orang Syiah,terawih adalah bid’ah.Mereka menganggap tarawih tidak pernah dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.Menurut mereka,tarawih adalah ajaran Saidina Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu.Kerana kebencian mereka kepada Umar,mereka menolak sunah solat tarawih ini mentah-mentah dan melebelkan sesat kaum muslimin yang melaksanakan tarawih.
Bahkan mereka menyebut,orang yang melakukan tarawih sama halnya menjadikan Umar sebagai Nabi..Ini adalah tuduhan dusta mereka.Anda jangan hairan pula jika di Malaysia ada orang syiah yang anda kenali bersama solat terawih.Itu cuma taqiah(berpura-pura).Perkara yang mereka haramkan ia boleh menjadi harus dalam taqiah..
4. Berbuka Setelah Awan Merah Menghilang :
Salah satu kebiasaan Syiah adalah berbuka setelah betul-betul masuk waktu malam.Di saat awan merah di ufuk telah menghilang dan bintang mulai terbit.
Dalam kitab Wasail As-Syi’ah karya Muhammad bin Al-Hasan Al-Hur Al-Amili,dinyatakan:
Bab: waktu berbuka adalah sampai hilangnya mega merah di ufuk timur,dan tidak boleh sebelumnya.Di bawah tajuk bab ini,selanjutnya dia membawakan beberapa riwayat dusta atas nama Ahlul Bait,diantaranya: “Dari Zurarah,saya pernah bertanya kepada Abu Ja’far tentang waktu berbuka bagi orang yang puasa? Beliau menjawab: “Ketika telah terbit 3 bintang”..Ini adalah pendustaan terhadap Abu Ja’far Muhammad Al-Baqir.
Abu Ja’far Muhammad Al-Baqir adalah cucu Husain bin Ali bin Abi Thalib..Beliau adalah salah seorang ulama ahlus sunah.
Al-Hur Al-Amili memberi komentar:“Ini difahami bahawa orang yang tidak mengetahui arah timur,sehingga dia tidak tahu hilangnya awan merah kecuali setelah terbit bintang,sebagaimana penjelasan dalam waktu-waktu solat atau dianjurkan untuk mendahulukan solat (maghrib) dari pada berbuka.Sehingga setelah itu terbit 3 bintang. Demikian yang dijelaskan ulama mutaakhirin (Syiah),” [Wasail As-Syiah, hlm. 124 – 125].
Jika kita perhatikan,apa yang dipraktikkan oleh Syiah dalam kebiasaan berbuka ini, sama seperti sebagaimana kebiasaan orang Yahudi dan Nasrani.Dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Agama Islam akan sentiasa menang,selama masyarakat (Islam) menyegerakan berbuka.Kerana orang yahudi dan nasrani mengakhirkan waktu berbuka.” (HR. Ahmad 9810,Abu Daud 2353, Ibn Hibban 3509 dan statusnya hadis hasan).
Rasulullah s.a.w menganjurkan umat Islam untuk menyegerahkan berbuka..Segera berbuka setelah bulatan matahari sudah tenggelam,meskipun awan merah masih merekah di ufuk barat.
Yang lebih pelik ajaran Syiah ni,mereka disunatkannya berbuka puasa dengan tanah kuburan Saidina Husain radhiyallahu ‘anhu.
Asy-Syaikh Muhammad Hasan Al-Ishfahani dalam kitabnya Nurul ‘Aini hal. 416 sbb:
الباب الثالث و الخمسون والمئتان
استحباب الأفطار على التربة الحسينيّة
عن علي بن محمد النوفلي قال لأبي الحسن عليه السلام : اني أفطرت يوم الفطر على طين القبر و تمر ؟ قال له جمعت بين بركة و سنّة
فقه الرضا : أفضل ما يُفطر عليه طين من قبر الحسين عليه السلام
Bab 253
Disunatkannya Berbuka Puasa Dengan Tanah Kuburan Husain
Dari ‘Ali bin Muhammad An-Naufaliy berkata, berkata kepada Abi Al-Hasan ‘alaihis salam : “Sesungguhnya aku berbuka puasa di harinya berbuka dengan tanah kuburan dan kurma (bagaimana menurut anda) ?” Beliau menjawab “engkau telah menggabungkan antara berkah dan Sunnah” (Terdapat juga di : Al-Faqih 2/174, Al-Kafi 4/170,Al-Wasail 5/114, Al-Wafi 5/192,Jami’ Ahadits Asy-Syi’ah 6/247)
Fiqh Ar-Ridha : “Seutama-utamanya sesuatu untuk dimakan tatkala berbuka puasa adalah tanah dari kuburan Husain ‘alaihis salam” (Terdapat juga di Al-Mustadrak 1/429, Jami’ Ahadits Asy-Syi’ah 6/248)
5. Hubungan Intim Ketika Puasa :
Fatwa ulama-ulama Syiah harus istimta'(mukadimah hubungan intim) dengan isteri asalkan tidak dengan sengaja menjimak isteri(qubul atau dubur).Jika sengaja jimak, namun ragu-ragu apakah tadi sudah masuk semua atau ragu-ragu berapa kadar yang sudah masuk dari hasyafah(kepala zakar),maka puasanya batal,namun dia tidak wajib membayar kaffarah.(rujuk Minhaj As-Shalihin,1/263)