DELEGASI “PERAMPAS KUASA” MESIR KENA TAMPARAN HEBAT NIGERIA:
Oleh:Ustaz Abdul Malik
Antara negara yang menolak rampasan kuasa tentera di Mesir,Nigeria.Satu tamparan hebat buat delegasi Presiden sementara Mesir Adli Mansour yang mengadakan lawatan ke negara itu.Dalam kenyataan rasmi dari Pejabat Presiden Nigeria menyatakan Presiden negara itu Goodluck Jonathan telah mengulangi pendirian kepada delegasi Mesir itu bahawa Nigeria menentang segala penyingkiran di luar batas undang-undang dan demokrasi.
Delegasi “perampas kuasa” yang diketuai oleh Rauf Sa’ad itu juga dimaklumkan bahawa Nigeria yang menjadi anggota Kesatuan Afrika juga berpendirian sama, demikian kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap rasmi Presiden Nigeria,Robern Ibati.
Sumber:Ikhwanonline