< Terkini Isu Semasa Mesir >
“SUBUH BERDARAH”: MAYAT MANGSA DICAMPAK DEKAT RABA’AH
Oleh:Ustaz Abdul Malik
Ikhwanonline: Penemuan mayat seorang pemuda,Farid Syauqi sebentar tadi yang dicampakkan di Jalan Toiran,berhampiran lokasi himpunan menyokong Dr.Mursi di dataran Raba’ah.Mangsa sebelum ini antara ratusan mereka yang dilaporkan hilang selepas insiden “Subuh berdarah” di hadapan Bangunan Pengawal Republik.
Mayat Farid ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila terdapat kesan penderaan yang amat teruk memenuhi seluruh tubuh mangsa termasuk kesan kabel elektrik dan kesan tapak kasut milik tentera di beberapa bahagian tubuh mangsa.
Sementara itu,ratusan lagi mangsa yang dilaporkan hilang masih belum diketahui nasib mereka.