Select Page

kelapa
Antara Khasiat Dan Kelebihan Air Kelapa Muda :

1. Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.

Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak..

2. Merawat santau dan batuk berdarah

Air kelapa muda yang diruqyah dengan ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa'(kesembuhan)yang sabit dari Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan menjadi penawar santau dan batuk berdarah.

3. Merawat Ketagihan Dadah\Rokok

Campurkan air kelapa muda dengan sedikit garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)

4. Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil

Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..i.Allah.

5. Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)

Kaedahnya sama untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil iaitu campurkan sedikit air perahan limau nipis

NOTA :

Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya

Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.