Ketua kesatuan Ulama sedunia al Imam Yusuf al Qaradhawi telah tiba di Gaza pada 8 Mei lau melalui jalan darat Rafah-Gaza dalam lawatan kerja tiga hari bagi memberikan sokongan kepada perjuangan kebangkitan rakyat Palestin yang sudah 6 tahun dikepung oleh zionis israel..
Ulama kelahiran Mesir yang bermukim di dhoha itu mengetuai delegasi kunjungan ke Gaza bersama 50 orang ulama lain dari 14 negara..Mereka disambut oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah.
PM Ismail Haniyah dalam sambutannya mengatakan,kunjungan imam al Qaradhawi ke tanah Palestin merupakan satu penghormatan bagi warga Palestin.
Antara kandungan ucapan imam al Qaradhawi ketika berucap dalam himpunan anjuran HAMAS di pusat bandar Gaza yang dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah bersama ribuan rakyat Palestin ialah:-
“Cita-cita kita mati syahid di jalan Allah,dan memerdekakan Palestin”
“Saya yakin kita akan menang (di Palestin).Dulu tak ada siapa yang menyangka rakyat akan mampu menjatuhkan diktator di Mesir dan Tunisia.Syiria juga akan dimenangkan dengan kemenangan Islam,insya Allah”
Imam al Qaradhawi juga menyebut jika tidak kerana revolusi yang berlaku di Mesir maka beliau tidak akan dapat memasuki Gaza..Terakhir kali al imam ke Gaza adalah pada 55 tahun yang lalu(1958).
Salah seorang ulama dari Mesir yang menyertai delegasi ke Gaza berkata:Fajar yang akan menyinari Al-Aqsa akan terbit terdekat ini”.
Amin….
hebat seorang Syeikh yang mujtahid
kunjungan yang penuh makna
moga perjuangan mereka sentiasa mendapat rahmat allah
semoag jaln2 yng mereka inginkan akn di perluaskan …d permudahkan utk rakyat dan agama
Amin.. Moga-moga begitulah…