Afdlin Shauki antara selebriti yang terlibat dalam misi bantuan ke Gaza baru-baru ini dan juga turut dilantik sebagai duta Aqsa Sharif iaitu sebuah organisasi sukarela atas dasar perikemanusiaan.Menurut Adflin pengalamannya dalam misi bantuan ke Gaza telah membuka hatinya untuk berhijrah dan mahu mendalami ilmu agama termasuk ilmu perubatan Islam.
“Saya sedang mempelajari ilmu perubatan Islam seperti berbekam dan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW.Masyarakat kita kalau ingin berubat cara Islam,tiada tempat khusus yang mereka tujui.Kebanyakkannya hanya berjumpa dengan ustaz yang mereka kenal. Dengan adanya klinik perubatan Islam,ia lebih mudah untuk sesiapa sahaja mendapatkan rawatan,” ujar Afdlin menerangkan bahawa dia hanya ingin membuka klinik tersebut tapi tidak semestinya dia yang merawat pesakit.
Berbicara tentang hijrahnya,Afdlin memberitahu selepas pulang dari Gaza dia bagaikan kehilangan arah kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam hidupnya memandangkan kerjaya Afdlin dalam bidang seni ada yang bercanggah dengan ajaran Islam.
“Selepas berborak dengan seorang ustaz,dia menerangkan bahawa ibadah bukan setakat mendirikan solat lima waktu.Apabila kita berniat melakukan sesuatu kerana Allah, itu juga ibadah.Ustaz tersebut menggalakkan saya untuk teruskan dalam bidang seni, yang penting apa yang kita buat harus niat kerana Allah.Bakat yang Allah bagi ini tidak harus disalah-gunakan,” tambahnya lagi.
Menurut Afdlin,dia lebih rela berhenti berlakon sekiranya harus membawa watak yang mengharuskan dia bersentuhan dengan wanita atau membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama dan sebagai pengarah pula,Afdlin berkata dia menonton semula filem-filem arahannya untuk mengenal pasti perkara-perkara yang tidak harus dilakukan di masa hadapan..
Semoga saudara Afdlin Shauki istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan diberi kekuatan serta kemudahan untuk berkdakwah kepada masyarakat khususnya golongan artis menerusi bidang seni yang diceburi..
Sikap yang bagus dan bijaksana,,semoga selalu dalam karunia NYa!!!
Sepanjang hayat dibadan kita harus terus belajar untuk lebih memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam relita kehidupan.
Semoga saudara Afdlin Shauki tetap Istiqomah..
Alhamdulilah tuhan beri hidayah
gua memang suka adflin. sempoi.
afdlin mempunyai bakat yang berbagai
aku suka