Ada empat amalan yang boleh membahagiakan manusia di alam kubur dan ada 4 amalan yang memawa derita kepada Manusia di alam kubur..
Kata Abu-Laits:Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara.
4 Perkara Yang Mesti Dilazimi:
1. Menjaga solat lima waktu
2. Banyak bersedekah
3.Banyak membaca al-Quran
4. Memperbanyak bertasbih:
سبحان الله و الحمد لله و لا اله إلا الله و الله اكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله
Subhanallah Walhamdulillah Wa laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar,Walahaula WaLa Quwwata Illa Billah
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.
Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Berbohong
2. Khianat
3. Mengadu-domba
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing,sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing.(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)
Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin