Sale!

Nenas Batu

RM8.90

+ Free Shipping

Nenas batu adalah produk herba yang telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi, kerana khasiat dan manfaatnya yang begitu banyak untuk lelaki dan juga wanita, khusus wanita selepas bersalin dan terbukti keberkesananya.

Ramai wanita yang telah menggunakan herba nenas batu ini, dan banyak juga perkongsian kebaikan dan khasiat  nenas batu bagi mereka yang mengamalkanya, saya menceritakan sedikit sebanyak mengenai buah nenas batu. Sekiranya anda belum kenal apa itu nenas batu, boleh lah kajinya melalui Google terlebih dahulu. Berikut merupakan serba sedikit pengetahuan admin berkenaan buah nenas batu, khasiat & cara penggunaannya.

Antara khasiat nenas batu ini :

Baiklah, apa itu nenas batu? Nenas batu atau juga dikenali sebagai bunga kembang setahun berikuatan ianya berbuah mengikut musim & mampu tahan sehingga setahun lamanya. Ianya merupakan buah yang hampir sama bentuknya dengan nenas biasa, Cuma ianya tidak ada isi yang masam manis seperti nenas biasa & ianya juga berwarna sedikit coklat gelap-gelap. Orang tua dahulu mengamalkan rawatan menggunakan nenas batu untuk merawat pelabagai masalah wanita & juga digunakan sebagai nutrisi tambahan untuk merawat buasir & kencing tidak lawas.

Untuk wanita yang sudah atau belum berkahwin, sangat digalakkan untuk cuba nenas batu ini. Selain daripada kaya dengan antioksidan, nenas batu juga mempunyai khasiatnnya yang tersendiri untuk menjaga kemandirian alat kelamin wanita & menjamin kesihatan rahim. Ia boleh membantu mengecutkan rahim wanita yang sudah bersalin, mengurangkan masalah keputihan, membuang darah kotor dengan sepenuhnya akibat sakit sengugut & banyak lain. Selain itu, baik lelaki mahupun wanita, nenas batu juga sangat berkesan dalam rawatan untuk mengurangkan & merawat buasir. Perlu diingatkan bahawa wanita hamil sangat tidak digalakkan untuk meminum air rendaman nenas batu kerana dipercayai boleh menggangu perkembangan bayi & bagi kes-kes yang serius bolej menyebabkan bayi gugur.

Cara penggunaan nenas batu :

Bagaiman caranya untuk mendapatkan khasiat nenas batu? Yang pertama sudah tentulah anda kena ada buah ini dahulu. Nenas batu sangat mudah didapati di pasaran, harganya juga tidak terlalu mahal. Selain itu, jika anda ada menanam pokok nenas batu, boleh lah dipetik apabila ianya sudah mekar. Amat mudah untuk memastikan buah ini sudah masak, ianya akan berkembang mekar & boleh dilihat pada permukaan buah tersebut. Selepas dipetik atau dibeli, boleh lah letakkan buah ini ke dalam bekas kosong diisi bersama dengan air panas untuk rendam. Buah ini perlu direndam sehingga ianya mengecut kira-kira dalam masa satu jam. Kemudian, buangkan buah tersebut dari bekas untuk dijemur dibawah cahaya matahari. Air rendaman tadi perlu ditapis & diminum begitu sahaja. Buah nenas batu boleh digunakan banyak kali, ada yang tahan sampai setahun lamanya. Hanya perhatikan selepas anda menjemurnya, jika ia berkembang maka ia masih boleh digunakan. Jika ia kekal kecut, boleh lah dibuang & ambil buah yang lain untuk direbus. Bagi wanita yang mempunyai masalah dalaman, hanya minum satu kali seminggu. Manakala bagi yang ingin merawat buasir atau digunakan sebagai nutrisi tambahan harian, boleh mengamalkannya sebanyak satu kali sehari.

Nenas batu tidak sama seperti nenas biasa, baik dari segi tekstur & kandungan nutrisinya. Nenas batu lebih berkhasiat & lebih digunakan sebagai salah satu kaedah perubatan tradisional. Bagi yang sudah lama mengamalkan nenas batu, sudah tentu anda tahu bagaimana rasanya. Ianya tidak berbahaya & sememangnya menjadi amalan turun temurun. Boleh lah cuba jika rawatan yang anda sedia lakukan kurang berkesan. Jangan ragu-ragu dengan keistimewaannya & rasailah perubahan setelah anda mengamalkannya.

SMS Nenas Batu ke +60145444383

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nenas Batu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top